Categories: Berita

Paten Yamaha mendedahkan R1 dan MT-07 elektrik

FAIL PATEN BARU MENUNJUK YAMAHA SEDANG BERUSAHA TERHADAP PEMBANGUNAN MOTOSIKAL ELEKTRIK TERMASUK R1 ELEKTRIK DAN MT-07 NAKED.

YAMAHA R1 ELEKTRIK & MT-07 NAKED | Sumber gambar: Beni 8978

Jenama-jenama motosikal terbesar Jepun kini ingin memasuki dunia motosikal elektrik dengan sepenuhnya. Untuk tujuan itu, “Big Four” Jepun bersetuju untuk bekerjasama. Konsortium yang terdiri daripada Honda, Kawasaki, Suzuki dan Yamaha akan membolehkan pembangunan penyelesaian elektrik dengan lebih cepat.

Kini, satu set fail paten baru telah diumumkan secara awam. Yamaha sedang berusaha untuk mencari penyelesaian pengecas yang berbeza bagi motosikal elektrik. Dalam proses tersebut, Yamaha telah mendedahkan skema bagi R1 elektrik dan MT-07 naked.

Lukisan paten ini menunjukkan tiga sistem pengecas yang berbeza.

Bagi motosikal yang kelihatan seperti konsep PES2, Yamaha memasang port pengecas atas tangki minyak. Diletakkan pada bahagian kiri, port pengecas ini dipasang pada satu sudut. Objektifnya adalah untuk memudahkan penggunaan cabel pengecas ketika motosikal bersandar.

Dan kemudian ada lagi berita baik!

Related Post

Sumber gambar: Top Speed

Sumber gambar: Ultimate Motorcycling

Berita baik pertama ialah Yamaha akan mengguna fairing depan R1 untuk menunjuk port mengecas di belakang lampu depan. Itu tidak bermakna apa-apa atau mungkin bermakna bahawa Yamaha sedang giat membangun superbike elektrik. Mungkin R1 elektrik sedang dalam perjalanan?

Berita baik kedua lebih logik. Yamaha memutuskan untuk mengguna MT-07 naked mereka, memasang enjin elektrik dan guna port mengecas dibawah tempat duduk dan menggunakan sistem “flip-up” yang akan melindungi port mengecas apabila ia tidak digunakan.

Seperti biasa, keraguan itu masih kekal. Adakah kita akan melihat paten-paten ini menjadi kenyataan?

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah