Damok Tiada Pasukan Bagi Saingan MotoGP Musim 2024?

Syarifuddin Azman tidak akan bersama pasukan MT Helmet-MSI bagi musim 2024.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Malah penampilan satu-satunya pelumba Malaysia iaitu Syarifuddin Azman di perlumbaan paling berprestij itu kemungkinan besar hanya satu musim penuh sahaja.

Berita itu dikongsikan oleh pengurus pasukan ZK Racing, Zulfahmi Khairuddin yang menyaksikan perlumbaan Grand Prix (GP) India di mana Damok menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-21.

“Satu lagi keputusan mengecewakan selepas separuh musim di mana kami sendiri tak nampak kemajuan dibuat oleh Damok. Awal musim kita nampak ada sedikit kemajuan tetapi di pertengahan musim sampailah ke pusingan di India, kita tak nampak kemajuan.

Related Post

“Apa yang mengecewakan saya adalah apabila pasukan MT Helmets-MSi tidak akan lagi teruskan khidmat bersama Damok pada tahun 2024,” katanya.

Zulhfami yang juga bekas pelumba negara di MotoGP, turut menjelaskan dia sendiri cuba berunding dengan MT Helmets MSi, namun mereka menolaknya.

Selepas 13 pusingan, Damok hanya meraih 5 mata pada pusingan ke-2 di GP Argentina manakala rakan sepasukannya, Diogo Moreira meraih 101 mata dan menduduki tempat ketujuh pelumba Moto3.

Ketika GP India, Syarifuddin tewas kepada pelumba wild card negara, Danial Syahmi Ahmad Shahril yang menamatkan perlumbaan di kedudukan ke-20.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz