Farish Hafiy memenangi tiga perlumbaan dalam saingan Pusingan 4 FIM MiniGP Malaysia sekaligus mempunyai peluang cerah untuk mewakili negara pada World Finals di Valencia, Sepanyol November ini.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Selepas memenangi Perlumbaan 1, Faris Hafiy melakukan kesilapan pada Perlumbaan 2 untuk menamatkan saingan di tempat keempat.

Namun, beliau bangkit kembali pada Perlumbaan 3 dan 4 untuk mencatat kemenangan walaupun dicabar hebat oleh Farres Putra.

Related Post

Dengan berakhir Pusingan 4 yang penuh dramatik, Farish hafiy memimpin 190cc dengan mengutip 158 mata – dua mata di hadapan Farres.

Saingan Pusingan 4 FIM MiniGP Malaysia Series 160cc menyaksikan juara bertahan Qabil Irfan Azlan meneruskan dominasi beliau dalam kejuaraan ini.

Mempamerkan kematangan tinggi untuk memenangi Perlumbaan 1, yang menjadi acara pecut kerana insiden perlumbaan, Qabil tenang memenangi Perlumbaan 2.

Muiz Aziz