DUCATI PANIGALE V4 SP SUDAH TIBA DI MALAYSIA DAN TELAH SELAMAT DISERAHKAN KEPADA PEMILIK PERTAMA MINGGU INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ducati Malaysia mengumumkan berita melalui media sosial selepas meraih pemilik pertama Ducati Panigale V4 SP, Afiq Azhar. 

Turut hadir semasa sesi penyerahan model edisi terhad ialah Pengurus Besar Ducati Malaysia Dennis Michael dan Pengarah Ducati Pulau Pinang Kheoh Hock Seng.

Ducati Panigale V4 SP 2021 merupakan model yang mendapat suntikan inspirasi daripada Superleggera V4.

Ducati Panigale V4 SP ialah versi Panigale yang memberi fokus terhadap prestasi di litar perlumbaan dengan beberapa penambahbaikan terkini termasuk pilihan warna yang diilhamkan oleh Ujian Musim Sejuk MotoGP dan WorldSBK.

Related Post

Penggunaan rim gentian karbon juga menyumbang kepada berat keseluruhan yang lebih ringan, hanya 173 kilogram. Ia adalah 1.4kg lebih ringan daripada roda ‘forged aluminium’ yang terdapat pada Panigale V4 S.

Bukan itu sahaja, beberapa ciri yang sebelum ini hanya terdapat pada Superleggera V4 turut dibawa ke V4 SP ini. Ini termasuk klac jenis dry EVO SDM Superbike, kaliper brek Brembo Stylema R dan silinder Master MCS dengan ‘remote adjuster’.

Model ini masih menawarkan pakej elektronik seperti Panigale lain tetapi kini didatangkan dengan Ducati Traction Control (DTC) daripada Ducati Corse.

Setiap pembelian juga akan disertakan dengan kit perlumbaan khas untuk litar perlumbaan termasuk Ducati Data Analyzer dengan modul GPS, penutup klac jenis terbuka serta kit penyingkiran cermin sisi dan pemegang plat nombor.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan