Perebutan Tempat Di MiniGP World Finals Valencia Semakin Sengit

Kejuaraan FIM MiniGP Malaysia Series 2023 yang berlangsung hujung minggu ini di SIKC, beri peluang empat tiket ke World Finals Valencia.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Dengan berbaki dua pusingan lagi dan 100 mata kejuaraan menjadi rebutan, saingan kejuaraan masih terbuka luas.

Dengan jarak 1.166km dan 11 selekoh mencabar, SIKC adalah mini replika kepada litar utama Sepang International Circuit (SIC).

Related Post

Selepas tiga pusingan, saingan FIM MiniGP Malaysia 160cc diterajui oleh juara bertahan, Qabil Irfan Azlan, yang telah mengutip 145 mata; dan tempat kedua dengan 108 mata ialah Airel Marzuki.

Saingan kelas 160cc, yang juga mencari dua wakil negara ke perlumbaan World Finals di Valencia, setakat ini didahului oleh Farres Putra, yang mengumpul 76 mata selepas dua pusingan dan rakan karib, Farris Hafiy menduduki tempat kedua dengan 70 mata.

Saingan jentera-jentera 110cc dalam SIC Ohvale Junior Championship kini dipimpin oleh Aidil Zariff, yang sudah memungut 150 mata.

Muiz Aziz