Categories: Berita

Petronas akan menjadi penaja utama Energica Tytlers Cycle Racing

PETRONAS AKAN MENAJA PERLUMBAAN CYCLE ENERGICA TYTLERS DI KEJOHANAN SUPER HOOLIGAN MOTOAMERICA.

Langgan saluran kepada Telegram kami untuk kemas kini segera!

Petronas menerusi Petronas Lubricants International terus mengorak langkah dalam arena permotoran dua roda apabila mengumumkan dirinya sebagai penaja utama pasukan Energica Tytlers Cycle Racing dalam kejohanan MotoAmerica Super Hooligan.

Energica kini merupakan satu-satunya pengeluar motosikal elektrik yang bersaing dalam MotoAmerica Super Hooligan. Yang lain ialah jentera ICE (internal combustion engine). Untuk musim 2023, Energica bersama Tytlers Cycles Racing mempertaruhkan jentera Eva Ribelle RS milik penunggang Columbia Stefano Mesa

Sebagai penaja utama, jentera Tytlers Cycles Racing akan beraksi hujung minggu ini dengan memakai warna ikonik Petronas.

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Petronas Lubricants International Group, Hezlinn Idriss menyifatkan kerjasama ini membuka peluang kepada Petronas dalam membangunkan teknologi cecair untuk jentera EV.

Related Post

“Petronas Lubricants International sentiasa meneroka cara untuk menyokong pembangunan industri EV termasuk arena permotoran. Kerjasama ini akan membuka lebih banyak peluang kepada kami dalam membangunkan cecair untuk pelbagai segmen EV. Ini termasuk trak, kenderaan komersial ringan, kereta penumpang dan motosikal.

“Ini adalah bukti keupayaan kami untuk mencari penyelesaian kepada penggunaan cecair dalam rangkaian kuasa elektrik,” jelasnya.

Untuk rekod, Energica Tytlers Cycle Racing bertanding dalam Kejohanan Kebangsaan Super Hooligan Roland Sand Design di MotoAmerica. Menariknya, pasukan ini merupakan satu-satunya wakil jentera elektrik dalam kejohanan tersebut.

Petronas akan menyampaikan cecair generasi terbaru yang dicipta khas untuk kenderaan elektrik melalui Petronas Iona.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah