Categories: Berita

Kemenangan Ahmad Afif Amran  Untuk Kampung Halaman

Ahmad Afif Amran dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing meraih kemenangan pada pusingan ke-7 Petronas Cub Prix dalam kategori CP150.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Di sesi “Super-Pole”, Akid Aziz dari pasukan PETRONAS Sprinta Yamaha – CKJ Racing team mencatatkan masa terpantas pada 48’671s diikuti oleh rakan sepasukannya Afif dengan catatan masa terpantas pada 48’760s.

Perlumbaan bermula dengan Afif di kedudukan P1 diikuti oleh rakan sepasukannya, Akid di P2. Sebelum berakhirnya lap kedua, Akid memintas Afif.

Walaupun Afif memberikan tekanan kepada Akid, Akid tidak mengalah dan tampil dengan strategi yang mantap untuk mengekalkan kedudukannya.

Tujuh lap lagi untuk menamatkan perlumbaan, Akid dan Afif masih di kedudukan yang sama dengan jurang 0.084s. Di lap terakhir, Afif teruskan saingannya dengan Akid sebelum membuka langkah untuk memintas dari dalam.

Akid hampir hilang kawalan tetapi berjaya mengawal jenteranya. Afif meneruskan perlumbaan sebelum menamatkannya di kedudukan pertama pada 16’20:549s.

Related Post

Menurut Afif, “Cabaran pada perlumbaan ini adalah persaingan sengit daripada rakan sepasukan saya. Akid memang mempunyai “pace” yang sangat kuat pada perlumbaan tadi.

Saya cuba ikuti dia dari lap pertama sehingga ke lap kedua terakhir sebelum memintas, di selekoh sebelah kiri.

Rancangan saya memang untuk mendapat tempat pertama maka saya mengatur strategi yang betul dan Syukur, strategi tersebut berjaya.

Litar ini adalah antara trek kegemaran saya. Ia adalah trek yang kecil tetapi “high-speed” turn. Itu memberikan cabaran kepada semua pelumba untuk mempunyai “setup” yang lebih baik dari segi suspension.

Saya amat puas hati minggu ini dan gembira kerana sepanjang hujung minggu ini, pasukan kami telah menunjukkan suatu pencapaian yang baik dan positif.”

Muiz Aziz