Categories: BeritaSukan Motor

BMW Motorrad memberi keputusan mengagumkan di Slovakia dan Itali.

BMW MOTORRAD KEMBALI LAGI! KALI INI, PELUMBA MEREKA MENDOMINASI PERLUMBAAN YANG MENCABAR DI SLOVAKIA DAN ITALI!

FIM EUROPEAN SUPERSTOCK 1000 CUP

Ia adalah satu hujung minggu yang tidak akan dilupakan bagi BMW Motorrad apabila BMW S 1000 RR berjaya untuk memenangi perlumbaan pertama FIM European Stock 1000 Cup pada Sabtu itu oleh Arnaud Friedrich dari pasukan LRP Poland. Dominik Juda dari TME Racing mencapai tempat ketiga dan rakan sepasukan Michal Sembera mendapat tempat kesembilan. Pada hari Ahad, Friedrich mendapat satu lagi kemenangan podium manakala Juda mendapat tempat keempat dan Sembera sekali lagi mendapat tempat kesembilan. Slovakia Ring berdekatan Bratislava telah menjadi arena perlumbaan bagi kejuaraan ini.

FIM EUROPEAN SUPERSTOCK 1000 CUP | Sumber gambar: Fim Europe

ALPE ADRIA INTERNATIONAL MOTORCYCLE CHAMPIONSHIP

Alpe International Motorcycle Championship (AA) juga telah diadakan di Slovakia Ring tahun ini. Pada Sabtu, Karel Hanika dari BMW Motorrad Fany Gastro mendapat kemenangan dengan BMW S 1000 RR. Rakan sepasukan Ondřej Ježek di belakang dia mendapat tempat kedua. Christopher Kemmer dari Bertl K. Racing mendapat tempat kesembilan pada hari Sabtu. Pada Race Two pada hari Ahad, Ježek mencapai tempat kedua manakala Kemmer selesai di tempat ketujuh. Di sebaliknya, Hanika gagal untuk menamatkan perlumbaan.

ALPE ADRIA INTERNATIONAL MOTORCYCLE CHAMPIONSHIP | Sumber gambar: BMW Group PressClub

Related Post

ITALIAN SUPERBIKE CHAMPIONSHIP

BMW juga berjaya untuk mencapai keputusan menakjubkan di Ilati. Pada Italian Superbike Championship (CIV) 2019 di Mugello, Roberto Tamburini dari pasukan Cherry Box 24 Guandalini Racing telah menjadi pelumba BMW yang mendapat masa terbaik yang mendapat tempat keempat dalam perlumbaan itu. Matteo Baoicco dari DM Racing mendapat tempat ketujuh dan rakan sepasukannya Luca Vitali mendapat tempat kelapan. Christian Gamarino dari Tutapista Corse dan Fabio Menghi dari VFT Racing juga mendapat tempat sepuluh teratas dalam perlumbaan pertama. Bagi perlumbaan kedua, Baiocco mendapat tempat keenam manakala Vitali dan Gamarino masing-masing menduduki tempat ketujuh dan kelapan.

ITALIAN SUPERBIKE CHAMPIONSHIP | Sumber gambar: BMW Group PressClub

ITALIAN NATIONAL TROPHY 1000

Untuk Italian National Trophy 1000, juga di Mugello, keluarga lumba BMW mendapat satu lagi tempat di podium. Luca Salvadori atau Berclaz Racing Italia memperoleh tempat kedua. Michale Fabrizio membawa jentera RR-nya melepasi bendera di kedudukan keempat manakala Francesco Cocco mendapat tempat kelima. Melangkah ke sepuluh teratas ialah Remo Castellarin pada tempat ketujuh dan Alessio Velini di tempat kesepuluh.

ITALIAN SUPERBIKE CHAMPIONSHIP | Sumber gambar: Bikes Republic

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah