Categories: BeritaSukan Motor

PETRONAS Yamaha SRT’s Quartararo dan Morbidelli berjaya dalam ujian Brno

MEREKA BERDUA BERJAYA UNTUK MENGEKALKAN PRESTASI MENAKJUB MEREKA PADA SESI UJIAN.

Sumber gambar: MotoGP

Pelumba bagi PETRONAS Yamaha Sepang Racing Team, Fabio Quartarari dan Franco Morbidelli telah mendapat keputusan menakjubkan di Czech Grand Prix hujung minggu lepas dan berjaya untuk mengulangi prestasi uji rasmi hari Isnin mereka di ilitar Automotodrom Brno.

Pusingan seterusnya untuk Fabio Quartararo dan Franco Morbidelli adalah Austrian Grand Prix pada Ogos 9. Perlumbaan ini akan diadakan di Red Bull Ring di Spielberg.

FRANCO MORBIDELLI (PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Yamaha Racing

Related Post

“Kami cuba beberapa perubahan dengan elektronik dan lain-lain. Saya fikir kami telah meningkatkan pakej. Walaupun sudah tentu, kita perlu menunggu dan melihat bagaimana motosikal itu bertindak balas kepada mereka pada hujung minggu depan di Austria. Saya bekerja dengan brek thumb untuk kali pertama dan perasaan awalnya baik. Walaubagaimanapun, ia akan mengambil sedikit masa untuk biasa dengannya. Secara keseluruhan, saya gembira dan ia sentiasa bagus untuk menyelesaikan ujian dalam tiga teratas,” kata Morbidelli seperti dipetik dari Yamaha Racing.

FABIO QUARTARARO ((PETRONAS YAMAHA SEPANG RACING TEAM)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: Yamaha Racing

“Hari ini benar-benar produktif untuk kami dan kami mencuba banyak perkara termasuk beberapa unsur untuk hujung minggu yang akan datang di Austria. Seperti biasa dalam ujian, terdapat beberapa positif dan beberapa negatif. Walaubagaimanapun, pada akhirnya, ia berguna untuk menguji lagi. Kami mencuba fork karbon baru dan motosikal rasa sedikit lebih ringan. Kemudian kami mencuba beberapa tayar baru dari Michelin dan kami dapat menggunakan beberapa tetapan elektronik yang pasukan ingin menguji. Kita perlu memikirkan apa yang telah kita uji dan berbincang tentang arah yang akan kita ambil dengan bahagian baru.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan