Categories: Berita

Triumph melancarkan edisi Ace dan Diamond Bonneville

TRIUMPH BONNEVILLE IKONIK MENYAMBUT ULANG TAHUN KE-60 DAN KILANG HINCKLEY MENYAMBUT DENGAN PELANCARAN ACE DAN DIAMOND EDISI TERHAD.

Triumph Bonneville T120 Ace Diamond telah menjadi satu model ikonik dalam industri motosikal. Bonneville 1959 adalah salah satu motosikal terbaik dari Triumph. Tahun ini. “Bonnie” akan meraikan ulang tahun ke-60 dan Triumph akan melancarkan dua edisi terhad. Ace dan Diamond.

Kedua-dua motosikal edisi terhad ini akan cepat menjadi barang pengumpul. Triumph kata hanya 1400 unit Bonneville T120 Ace akan dibina. Bagi Bonneville T120 edisi Diamond pula, terdapat hanya 900 unit di seluruh dunia!

Tetapi apakah yang sangat istimewa mengenai Bonneville?

Berdasarkan T120 Black yang kami sudah kenal, Ace adalah satu penghormatan kepada cafe racer asal. Di England, Ace Cafe London terkenal adalah satu tempat dengan motosikal sebegini. Jadi, Triumph berganding bahu dengan Ace Cafe untuk mereka T120 Ace edisi terhad.

Related Post

Ia mempunyai kerja cat spesifik Storm Grey matte. Pada tangki minyak, terdapat logo Ace Cafe selain mendapat pemasangan bahagian-bahagian yang dihitamkan. Dengan tema cafe race, Triumph melengkapi Bonneville T120 Ace dengan kit fender minimal, petunjuk peluru dan logo-logo spesifik.

Setiap motosikal mempunyai sijil nombor tersendiri, ditandatangani oleh CEO Triumph, Nick Bloor. Sijil ini juga ditandatangani oleh Mark Wilsmore, Pengarah Urusan Ace Cafe London.

Bagi Bonnvelli T120 Diamond, versi ini mendapat lebih bahagian krom. Visi klasik mengenai apa yang Bonneville wakili. Triumph melengkapi T120 Diamond dengan kerja cat eksklusif Snowdonia White dan Aluminium Silver. Tangki bahan api juga mendapat grafik “union flag”. Seperti yang dijangkakan, setiap Diamond dilengkapi dengan sijil bernombor yang ditandatangani oleh Nick Bloor.

Spesifikasi Triumph Bonneville T120 Ace DIamond adalah same seperti T120 dan T120 Black asas.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan