Categories: Berita

Aprilia SR GT 200 dilancar di Jepun pada RM20,000

THE APRILIA SR GT 200 DILENGKAPI DENGAN ENJIN SILINDER TUNGGAL 174CC YANG MAMPU MENJANA 17.32HP @8,500RPM DAN 16.5NM @7,000RPM.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Aprilia telah pun lancar skuter ADV sulungnya melalui SR GT 200 di Jepun, beberapa bulan selepas ia diperkenalkan kepada umum di EICMA, pada November tahun lepas. Walaupun hadir dalam dua varian iaitu 125 dan 200, hanya model yang lebih besar diperkenalkan di Jepun.

Walaupun bertaraf skuter, Aprilia masih mengekalkan reka bentuk DNA yang sama seperti model berkuasa tinggi lain, terutamanya pada lampu depan yang menampilkan LED tiga ciri dengan fungsi DRL.

Namun, reka bentuk menarik adalah pada keseluruhan badan yang menampilkan elemen ADV (seperti Honda ADV 150) termasuk cermin depan tinggi dan reka bentuk agresif.

Aprilia SR GT 200 juga dilengkapi dengan ‘handlebar’ yang lebar dan tempat letak kaki yang cukup untuk memastikan tunggangan kekal selesa untuk kegunaan harian. Skuter maxi 200cc ini juga dilengkapi dengan paparan digital LCD dan sistem mula/henti enjin automatik untuk memastikan penjimatan bahan api yang lebih cekap semasa berhenti.

Related Post

Antara ciri menarik lain termasuk tangki 9L, fork teleskopik 33mm Showa dan penyerap hentak berkembar Showa. Ia juga dilengkapi dengan cakera brek depan 260mm dan 220mm belakang.

Aprilia SR GT 200 dikuasakan oleh enjin satu silinder 174cc yang menjana 17.32hp @8,500rpm dan 16.5Nm @7,000rpm.

Untuk pasaran Jepun, terdapat dua varian ditawarkan, Standard dan Sport yang dibezakan hanya dengan pilihan warna dan grafik.

Aprilia SR GT 200 berharga JPY550,000 (RM20,009).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah