Categories: Berita

Prototaip off-road KTM 390 Enduro dilihat

IA DAPAT DILIHAT MELALUI SPY SHOT BAHAWA KTM 390 ENDURO DIDATANGKAN DENGAN RODA YANG LEBIH BESAR, DAN CASIS DAN SWINGARM BAHARU.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

KTM 390 Adventure adalah salah satu motosikal bawah 500cc yang paling popular baru-baru ini. Motosikal segmen ADV bukan sahaja didatangkan pada harga mampu milik malah turut dilengkapi dengan ciri premium setara dengan motosikal berkuasa tinggi. Motosikal itu turut popular di Malaysia sejak ia diperkenalkan pada hujung 2020 dengan harga RM30,800.

Namun, KTM dijangka memperkenalkan satu lagi varian 390 Adventure, yang didakwa sebagai 390 Enduro – atau mungkin 390 Adventure R – selepas jentera itu dilihat menjalani ujian di Eropah, seperti yang dilaporkan oleh media UK, Visordown.

Berdasarkan gambar yang dikongsi, ia jelas menunjukkan sebuah motosikal yang sama dengan 390 Adventure tetapi mempunyai beberapa ciri berbeza.

Related Post

Berbanding 390 Adventure yang menampilkan jentera untuk kegunaan jalan raya dan ‘off-road’ ringan, 390 Enduro ini turut menampilkan ciri yang lebih lasak.

Walaupun berkongsi kerangka yang sama seperti 390 Adventure, swingarm telah direka bentuk semula tetapi tidak pasti sama ada penggunaan swingarm baharu itu akan dikekalkan atau tidak.

Model akan datang ini juga kelihatan dilengkapi dengan pelindung enjin baharu. Namun, perbezaan paling ketara ialah penggunaan rim depan bersaiz 21 inci berbanding 19 inci pada KTM 390 Adventure. Model baharu itu turut menggunakan rim jenis jejari dan bukannya aloi, sekali gus meningkatkan tahap keupayaan ‘off-road’.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah