Categories: Berita

Benelli 802S lightweight baharu sedia dilancar tidak lama lagi

BENELLI AKAN MEMPERKENALKAN ROADSTER BARU 799 CC YANG MUNGKIN AKAN DINAMAKAN BENELLI 802S.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Benelli 752S telah pun berada di pasaran global sejak awal 2021 dan turut dilancarkan di Malaysia pada Februari 2021 dengan harga RM37,888. Walaupun tampil dengan reka bentuk yang agresif dan ‘sporty’, model yang dilengkapi dengan enjin kembar selari 754cc itu ketinggalan dari segi kuasa dan hanya menawarkan 75hp dan 67Nm.

Walaupun kuasanya setanding dengan Yamaha MT-07, 752S yang jauh lebih berat iaitu 228kg berbanding 183kg. Bagaimanapun, dalam perkembangan terkini, kita boleh menjangkakan Benelli akan mengatasi masalah tersebut dengan memperkenalkan versi 802S.

Ini kerana jenama motosikal China-Itali telah pun memfailkan dokumen kelulusan di China yang mendedahkan model akan datang bukan sahaja lebih berkuasa (dengan kapasiti enjin yang lebih besar) tetapi juga lebih ringan.

Related Post

Menurut dokumen itu, motosikal generasi terbaru itu meningkat sebanyak 45cc kepada 799cc dengan kuasa turut meningkat dari 75hp ke 95hp.

Bukan itu sahaja, malah Benelli juga berjaya menurunkan berat sekitar 20 kilogram berbanding model 752S.

Walaupun tidak dinyatakan apa sebab beratnya lebih ringan tetapi kami menjangkakan Benelli akan menaik taraf kerangka, swingarm dan rim untuk mencapai keputusan ini.

Namun, beberapa ciri lain, termasuk fork 50mm dari brek Marzocchi dan Brembo, masih dikekalkan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah