Categories: Konsep & Kustom

Colt Wrangler Zero XU – street tracker yang paling kemas

Jika anda ditanya untuk menamakan sebuah motosikal yang boleh diderma bagi sebuah projek kustom anda mungkin fikir tentang salah satu klasik seperti Honda CX500. Walau bagaimanapun, kehadiran motosikal elektrik dalam industri dua roda semakin meningkat dan kami sering lihat banyak motosikal elektrik kustom.

Salah satu contoh adalah Zero XU, yang amat bertuah untuk berada di kedai motosikal Colt Wrangler yang dimiliki oleh bekas penunggang rodeo Colt Lyons.

Motosikal tersebut diserahkan kepada Colt Wrangler Motorcycles dari salah satu pelanggannya. Menurut Colt Lyons, motosikal tersebut telah dibiarkan selama setahun hingga mereka bercadang untuk mulakan kerja atas motosikal elektrik itu.

Colt asalnya bercadang untuk mengubah Zero XU itu kepada sebuah cafe racer yang dilengkapi dengan full fairing. Manakala, pada masa itu, Colt Wrangler Motorcycles tidak mempunyai peralatan serta kemahiran untuk melakukan apa yang mereka mahu. Jadi mereka bercadang untuk menunggu sehingga mereka mempunyai apa yang diperlukan. Semasa acara Handbuilt Motorcycle Show, di Austin, Texas, hasil kerja mereka telah didedahkan dan mendapat reaksi yang hebat.

“Pelan saya telah berubah oleh sebab kemahiran dan peralatan yang saya telah perolehi sepanjang tahun itu. Pada mulanya, saya merancang untuk memotong tangki gas vintaj untuk dipasang diatas top tube” kata Colt. “Tetapi sebaik sahaja saya memperolehi alat membentuk dan pengimpal – dan nasihat daripada beberapa kawan – saya merancang untuk mereka segalanya dengan lembaran aluminium”.

Related Post

Tetapi Zero XU yang stok adalah asas yang baik untuk bermula dan untuk mendapatkan gaya street tracker, Colt telah memasang sebuah tayar 19 inci sebagai tayar belakang, memasang kit chain conversion dan menggantikan kebanyakan komponen elektrik termasuk lampu supaya ia sesuai dengan rangka aluminium yang baru.

Pada tangki palsu, terdapat tolok digital, manakala kabel pengecas dan adapter diletak dibawah tangki.

Keseluruhan badan motosikal ini terdiri daripada aluminium yang menggantikan bahagian-bahagian plastik yang terdapat pada versi stok dan panel direka dengan tangan. Tambahan pula, Colt terpaksa mempelajari cara-cara untuk mengimpal aluminium supaya kesemua bahagian motosikal ini tidak runtuh.

Walaupun pakej keseluruhan lebih menonjol berbanding dengan street tracker yang biasa kami perhatikan beberapa tahun ini, ciri yang paling menarik tentang motosikal elektrik ini ialah lampu LED depan yang diambil dari bumper sebuah trak pikap. Bahagian belakang motosikal elektrik ini juga amat menarik dan menurut Colt Lyons, adalah campuran antara flat-track dengan bahagian belakang sebuah superbike.

Selepas semua kerja yang dibuat pada Zero UX ini oleh Colt Wrangles Motorcycles, hasilnya, secara literal, street tracker yang paling kemas yang pernah kami lihat. Inilah bukti bahawa motosikal elektrik mempunyai tempat mereka dalam dunia kustom.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah