Categories: Berita

WMoto RT3S dinaik taraf dengan skrin TFT kini pada RM17,888

WMOTO RT3S KINI DIDATANGKAN DENGAN FACELIFT UNTUK MENYERTAKAN SKRIN TFT UNTUK KEMUDAHAN PENGGUNA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Skuter maxi WMOTO RT3(S) telah dikemas kini untuk 2022 dengan paparan skrin TFT menggantikan skrin digital pada model RT3 yang diperkenalkan pada Mac tahun lepas.

Menurut pengedar rasmi jenama WMOTO di Malaysia, WMOTO RT3S didatangkan dalam tiga pilihan warna; Union Red, Youth Grey dan Justice Blue dan ditawarkan pada harga RM17,888 (sebelum cukai jalan dan insurans).

Sumber : Paul Tan

Skrin paparan TFT ini turut dilengkapi ciri-ciri Interface Pengguna yang menawarkan mod cahaya dan mod malam mengikut keadaan cuaca semasa. Mod ini juga boleh ditukar mengikut keamatan cahaya semasa.

Related Post

Selain itu, RT3S turut dilengkapi ‘Tyre Pressure Monitoring System’ (TPMS), satu ciri yang biasanya terdapat pada motosikal sesaran yang lebih besar.

Pada masa yang sama, sebagai peringatan tempoh perkhidmatan, paparan skrin TFT akan memaparkan logo ‘spanner’ sebaik sahaja ia mencapai jarak tempuh tertentu.

Namun, ciri-ciri lain yang masih dikekalkan ialah penggunaan kunci pintar, sistem ABS daripada Bosch, tangki 17L, tayar depan 120/7-15 dan tayar belakang 140/60-14.

WMOTO RT3S ini masih dikuasakan oleh enjin silinder tunggal DOHC 247cc yang menawarkan 23hp pada 8,000rpm dan 22.5Nm pada 6,500rpm. Kuasa enjin dihantar ke tayar belakang melalui transmisi CVT.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah