Categories: Berita

KTM RC 200 2022 dilancar di Malaysia pada RM15,888

KTM RC 200 2022 ADALAH JENTERA SEDIA LUMBA DARI KILANG!

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Suatu ketika dahulu, jalan raya di Malaysia dipenuhi dengan jentera KTM terutamanya model 200 hingga 250cc.

Untuk menghidupkan semula segmen motosikal sub-250cc di Malaysia, pengedar rasmi jenama KTM di sini, Eurotech rasminya telah melancarkan KTM RC 200 baharu.

Related Post

KTM turut mendakwa model baharu ini juga 1.5kg lebih ringan kerana penggunaan kerangka baharu dan kaliper brek ByBre berjaya menjimatkan berat sehingga 960g. Rim juga 1kg lebih ringan daripada generasi sebelumnya.

KTM RC 200 2022 juga didatangkan dengan sistem suspensi fork omboh besar WP APEX serta monoshock belakang WP APEX.

Ia mempunyai cakera brek depan 320mm dengan angkup 4-pot, cakera brek belakang 230mm dan dilengkapi dengan ABS Supermoto.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah