Categories: Berita

Triumph Speed ​​Triple 1200 RS 2022 di Malaysia – RM119,900

SEJAK PELANCARAN GLOBALNYA PADA SEPTEMBER TAHUN LEPAS, TRIUMPH SPEED TRIPLE 1200 RR SEMEMANGNYA MENCURI PERHATIAN RAMAI DENGAN REKA BENTUK DAN GAYANYA YANG UNIK.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Kurang dari enam bulan selepas ia diperkenalkan, motosikal gaya ‘supersport’ itu telah pun mendarat di Malaysia menerusi Fast Bike Sdn Bhd.

Menurut Fast Bike dalam satu kenyataan hari ini, Triumph Speed ​​​​Triple 1200 RR kini telah tiba di Malaysia dan ditawarkan pada harga RM119,900.

Dibangunkan dengan platform Triple Speed ​​​​1200 RS, model baharu ini menawarkan ciri yang jauh berbeza daripada barisan model sedia ada.

Komponen yang paling menarik ialah penggunaan suspensi jenis separa aktif, Öhlins Smart EC 2.0 boleh laras elektronik menggantikan fork terbalik NIX30 dan monoshock TTX36 yang didapati pada Speed ​​​​Triple RS.

Sebagai jentera dengan reka bentuk gaya motosikal sukan yang agresif, Speed ​​​​Triple 1200 RR turut didatangkan dengan bar hendal jenis ‘clip-on’,5 inci lebih rendah dan 2 inci lebih ke depan berbanding dengan versi RS.

Related Post

Triumph juga membina semula ergonomik tempat duduk untuk menawarkan tunggangan yang lebih agresif. Aspek reka bentuk turut mencuri tumpuan terutamanya panel depan yang kini menempatkan lampu depan LED tunggal berbentuk bulat berbanding tetapan dua cahaya yang biasanya digunakan pada model Triumph lain.

Fairing juga kelihatan menarik dengan gaya retro klasik tetapi agak garang pada masa yang sama, menjadikan Speed ​​​​Triple RR ini sebagai motosikal sukan yang berbeza daripada yang lain.

NAMUN, MODEL BAHARU ITU MASIH MENGEKALKAN ENJIN TIGA SILINDER DOHC 1,160CC DENGAN SEJUKKAN CECAIR SAMA YANG DIDAPATI PADA SPEED TRIPLE RS DAN HASILNYA MENAWARKAN 177HP @10,750RPM DAN 125NM @9,000RPM.

Transmisi 6-kelajuan juga dipadankan dengan bantuan klac jenis assist dan slipper yang membantu menyalurkan kuasa dengan lebih lancar untuk menahan input agresif daripada penunggang.

Antara ciri lain yang turut dikekalkan daripada RS ialah tuil Brembo MCS dan angkup Brembo Stylema yang dipadankan dengan cakera brek depan 320mm dan 220mm belakang.

Pelanggan yang membuat tempahan awal sehingga 31 Mac akan menikmati pakej perkhidmatan selama 2 tahun.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah