SELEPAS MENGUMUMKAN HARGA UNTUK TIGER SPORT 660, TRIUMPH MOTORCYCLES MALAYSIA TURUT MENAWARKAN HARGA MENARIK BAGI PASARAN TEMPATAN UNTUK TIGER 1200 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Menurut Triumph Motorcycles Malaysia, dua varian Tiger 1200 ditawarkan di Malaysia melalui Tiger 1200 GT Pro dan Rally Explorer dengan harga RM115,900 dan RM130,000.

Di tengah-tengah pembangunan Tiger 1200 ialah enjin dengan ‘T-Plane crank’ baharu yang sebelum ini diperkenalkan pada varian Tiger 900.

‘Crank T-Plane’ membolehkan enjin menghasilkan ‘rev’ yang lebih cekap dan bertenaga pada rpm rendah dan tinggi.

Related Post

Enjin 1160cc kini menghasilkan 147hp @9,000rpm dan 130Nm @7,000rpm – naik 8.5hp dan 8Nm berbanding generasi sebelum.

Untuk 2022, Tiger 1200 kini hadir dengan varian Rally Explorer yang didatangkan dengan tangki 30L dan menawarkan ciri elektronik tambahan termasuk sistem pengesanan ‘blind spot’.

Tiger 1200 GT Pro didatangkan dengan suspensi Showa elektronik separa aktif sebagai tambahan kepada tayar depan 19-inci dan belakang 18-inci manakala Rally dan Rally Pro dilengkapi dengan tayar depan 21″ dan 18″ belakang dengan rim jejari wayar tanpa tiub.

Triumph Motorcycles Malaysia turut memperkenalkan promo istimewa ‘early bird’ untuk pelanggan yang membuat pembelian Tiger 1200 terbaru akan menerima ‘panniers’ aluminium.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan