BERDASARKAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN BERSYARAT (PKPB) PUSINGAN 3 MAM SPEEDWEEK CHAMPIONSHIP (MSW) DAN SIC MINIGP CHAMPIONSHIP (SIC MINIGP) 2020 TELAH DITANGGUHKAN.

Pusingan ketiga Mini Championship 2020 dan MAM SpeedWeek Championship pada awalnya dijadualkan untuk berlangsung pada 25 Oktober 2020. Manakala para penganjur telah mengumumkan penangguhan perlumbaan oleh sebab Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya.

KENYATAAN RASMI OLEH PARA PENGANJUR

Penangguhan Pusingan Ketiga MAM Speedweek Championship (MSW) dan SIC MiniGP Championship (SIC MiniGP) 2020, 25 Oktober 2020.

Menurut penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Kuala Lumpur, Selangor dan Putrajaya yang berkuat kuasa dari 14 Oktober 2020 hingga 27 Oktober 2020, dengan kesal dimaklumkan bahawa perlumbaan MAM Speedweek Championship (MSW) 2020 untuk MSW Heat 3 dan SIC MiniGP Championship Round 3 yang dijadualkan pada 25 Oktober 2020 di Litar Karting Antarabangsa Sepang, Selangor akan ditunda ke kemudian hari.

Related Post

Penganjur, BRAAAP Motorsports dan ZK Racing sedang bekerjasama rapat dengan Motorsports Association of Malaysia (MAM) dan Sepang International Circuit (SIC) untuk menjadualkan semula perlumbaan ke tarikh baru setelah CMCO diangkat.

Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada penaja, rakan kongsi, ahli media, penunggang dan penyokong kami atas kerjasama mereka.

Sekiranya anda memerlukan maklumat lebih lanjut, sila hubungi pasukan penganjur di braaapmotorsport@gmail.com.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah