PENGILANG AMERIKA SEDANG MEMBANGUN ENJIN V-KEMBAR DISEJUKKAN CECAIR UNTUK MENGATASI UNDANG-UNDANG EURO5.

Enjin V-Kembar

Pengilang motosikal perlu mengemas kini enjin semasa mereka untuk memenuhi undang-undang Euro5 dan Indian adalah salah satu pengilang tersebut. Kini, enjin v-kembar disejukkan cecair telah dilihat semasa sedang diuji pada jalan raya.

Dikenali untuk enjin silinder kembar disejukkan angin yang dilengkapi dengan bahagian-bahagian krom, Indian perlu mencari cara untuk mengatasi undang-undang Euro5 dan perkara yang mudah pengilang Amerika ini boleh buat untuk kurangkan kadar emisi dan mengekalkan kuasa adalah dengan menambah radiator kepada enjin untuk menjadikannya disejukkan cecair.

Related Post

Motosikal yang mengguna enjin sejukkan cecair dilihat sedang duji pada jalan raya, bersama dengan FTR 1200. Jentera uji ini diliputi dengan fairing biasa jadi kita tidak ada cara untuk mengetahui bagaimana motosikal ini lihat.

Pada sementara waktu, Indian hanya menawarkan enjin sejukkan cecair pada model FTR, Scout dan 1200 tetapi enjin v-kembar ini akan digunakan pada ketua keluarga.

Menurut beberapa sumber Amerika, enjin pada motosikal ini akan mempunyai sesaran 1770 cc yang disesuaikan kepada kotak gear enam-kelajuan yang menawarkan 120 hp. Motosikal yang bakal mengguna enjin akan didedahkan pada acara motosikal EICMA Milan pada November.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan