JOHN MCPHEE MENJAMIN KEDUDUKAN KEDUA MANAKALA KHAIRUL IDHAM PAWI MENDAPAT KEUDUDKAN KE-26 DALAM PERLUMBAAN MOTO3 QATAR.

John McPhee | Sumber gambar: PETRONAS Sprinta Racing

Musim Moto3 2020 telah tamat selepas satu hujung minggu intensif di Qatar. Pelumba-pelumba PETRONAS Sprinta Racing, John McPhee berjaya mendapat kemenangan podium manakala rakan sepasukan Idham Pawi mendapat tempat ke-26.

Qatar Grand Prix telah berlangsung di Losail International Circuit pada hujung minggu lalu. Pembuka musim bukan apa yang McPhee ingini pada permulaan apabila pelumba ini tersekat di antara sekumpulan pelumba di sudut pertama. Manakala dia mampu stabilkan kelajuannya dan berjaya lalui kumpulan tersebut untuk memimpin. McPhee kemudian melintasi garisan penamat hanya 0.053s dari kemenangan.

Rakan sepasukan KIP, pulang ke aksi perlumbaan hujung minggu ini. Pelumba muda Malaysia menjamin kemajuan baik sepanjang 18 pusingan. Dia mula dari 31 pada grid selepas masa pusingan terpantasnya dipadam. Namun demikian, dia mendapat lebih keyakinan atas motosikal di trek dan selesai pada kedudukan ke-26.

Oleh sebab penangguhan Thai GP, terdapat rehat lebih panjang untuk pasukan PETRONAS Sprinta Racing. Pasukan ini akan kembali ke Circuit of the Americas bulan depan pada 3 hingga 5 April.

Related Post

JOHN MCPHEE (PETRONAS SPRINTA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: PETRONAS Sprinta Racing

“Ia adalah satu permulaan hebat. Saya sangat gembira untuk pasukan semua yang telah berusaha untuk menjadikan ini satu realiti. Kami telah berusaha sepanjang cuti musim. Saya telah bekerja dengan pasukan dan fokus terhadap kelajuan dan irama saya. Kemudian untuk lakukan semua yang telah dibuat semasa latihan pada hari ini rasa agak baik.”

“Saya tidak sangka terdapat beberapa pelumba yang amat kuat pada tujuh atau lapan pusingan pertama. Saya tahu kekuatan saya adalah pada tahap akhir perlumbaan.  Saya hampir merancang pelan yang sempurna. Saya berfikir tentang membuat pecutan pada sudut terakhir pusingan terakhir. Tetapi saya tahu dari menonton perlumbaan dari beberapa tahun kebelakangan bahawa hanya sekali ada seseorang yang dapat memimpin dari sudut terakhir di sebalik garis itu jadi saya fikir ia adalah satu pelan yang baik untuk menjadi kedua dari sudut terakhir. Ia tidak membayar tetapi saya sangat gembira berada di atas podium.

KHAIRUL IDHAM PAWI (PETRONAS SPRINTA RACING)- SEPERTI YANG BERLAKU

Sumber gambar: PETRONAS Sprinta Racing

“Ia adalah satu perlumbaan yang sangat sukar, terutamanya apabila bermula dari belakang. Kelajuan saya tidak kuat hari ini tetapi kita tahu di mana kita boleh memperbaiki. Kami akan bekerja keras dan cuba memperbaiki setiap perlumbaan. Bagi saya, ia sukar selepas satu tahun tidak berlumba tetapi untuk bertanding dengan orang lain sekali lagi rasa baik. Saya perlu membina keyakinan saya lagi selepas mengalami kecederaan, jadi kami akan terus berusaha ke arah ini dan keputusan akan datang.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan