Damok bersiap siaga hadapi Red Bull Ring!

Grand Prix Austria di Litar Spielberg, Red Bull Ring, Austria menguji kemahiran pelumba dengan jalan pantas dan selekoh mencabar.

Subscribe to our Telegram channel for instant updates!

Dalam dunia MotoGP, Grand Prix Austria dikenali kerana persaingan sengit yang selalu memikat hati peminat.

Di trek yang sempit ini, pelumba bersaing dengan sengit dan mengatur strategi brek yang tepat untuk mencari jalan ke podium.

Setiap pusingan membawa kejutan dan aksi yang menghiburkan, menjadikan perlumbaan di litar Spielberg satu kenangan yang tidak akan dilupakan.

Related Post

Pada pusingan ini, fokus tertumpu kepada Syarifuddin Azman, atau lebih dikenali sebagai Damok dalam kategori Moto3.

Seperti diketahui, Damok merupakan harapan Malaysia meskipun menduduki tangga ke-24, semangatnya untuk memberikan yang terbaik tidak pernah pudar.

“Saya berasa tidak sabar untuk berlumba pada hujung minggu ini di Red Bull Ring. Pastinya saya ingin buat yang lebih baik dari pusingan-pusingan sebelum ini. Walaupun saya sedar akan kedudukan saya di kejuaraan ini, saya tidak akan pernah putus asa untuk memberikan segalanya. Jangan lupa sokong saya hujung minggu ini.” kata damok.

Grand Prix Austria 2023 dijadualkan berlangsung 18 hingga 20 Ogos ini sekaligus merupakan peluang bagi kita semua untuk menyaksikan Damok dan bakat muda Malaysia lain seperti Hakim Danish dan Danial Syahmi menunjukkan kemahiran mereka di trek yang mencabar ini.

Muiz Aziz

Share
Published by
Muiz Aziz