Categories: Berita

BMW secara rasmi akan mempamer R18 cruiser pengeluaran bulan depan!

BMW MOTORRAD AKAN MEMPAMERKAN R18 CRUISER VERSI PENGELUARAN BULAN DEPAN PADA 3 APRIL 2020.

Flat-twin boxer 1802cc dari BMW R18

Kami telah liputi berita tentang khabar angin mengenai BMW R18 minggu lepas. Dengan pengumuman rasmi ini kami tidak sangka pengeluaran R18 akan tiba begitu cepat.

PENGUMUMAN RASMI

BMW Motorrad mengumumkan bahawa, pada Jumaat, 3 April 2020, BMW R 18 baru akan meraikan perdana dunianya yang sudah lama ditunggu. Mereka secara rasmi akan mempamerkan motosikal pengeluaran yang diumumkan dengan penampilan Big Boxer untuk segmen cruiser.

“Kami semua di BMW Motorrad tidak sabar untuk acara besar ini – perdana dunia BMW R 18,” kata Dr.Markus Schramm, Ketua BMW Motorrad seperti dipetik dari pengumuman rasmi.

“BMW Motorrad mencapai jualan rekod bagi tahun kesembilan berturut-turut pada 2019. Dengan R 18 dan penyertaan dalam segmen cruiser, kami secara konsisten sentiasa meneruskan strategi pertumbuhan kami dengan matlamat utama untuk menjadi segmen premium nombor satu di dunia.”

Related Post

Source : BMW Motorrad 

Live countdown untuk perdana dunia BMW R18 secara rasmi sudah mula. Dengan segera selepas pendedahan R18, maklumat awal termasuk gambar, video dan spek akan dikeluarkan secara rasmi. Jadi singgah lagi untuk mendapat maklumat liputan terkini tentang R18 yang akan datang!

APA YANG DIJANGKA!

Setakat ini, menurut khabar angin dan maklumat-maklumat bocor, pengeluaran BMW R18 akan mula dengan flat-twin boxer 1802cc seperti konsep. Enjin sejukkan udara ini mampu menghasil 91 bhp pada 4,750 rpm dan tork maksimum 158 Nm pada 3,000 rpm. Motosikal ini akan memaparkan kotak gear enam-kelajuan dengan kemungkinan gear reverse. Motosikal ini juga dijangka datang dengan adaptive cruiser control dengan bantuan sensor radar. Tambahan pula, kami jangka untuk lihat lebih elektronik canggih.

Baca semua tentang motosikal ini di sini!

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan