Categories: Berita

Harley-Davidson akan sambung pengeluaran minggu ini

CEO HARLEY-DAVIDSON JOCHEN ZEITZ JUGA MEMBERITAHU TENTANG STRATEGI TERKINI SYARIKAT.

Sumber gambar: Harley-Davidson

Harley-Davidson akan membuka semula kilang-kilangnya minggu ini selepas penutupan sementara oleh sebab pandemik Covid-19. Jenama ini telah tutup kilang pemasangan sejak Mac. Pengeluar motosikal yang berpangkalan di Milwaukee akan beroperasi pada kadar pengeluaran yang lebih rendah. Mereka akan menghantar pengedar barisan motosikal yang lebih kurang.

Dengan itu, Harley-Davidson mungkin tidak akan menghantar motosikal baru tambahan tahun ini kepada sekitar 70% daripada 698 pengedarnya dalam negara ini.

Pada awal 2020, syarikat ini telah mengganti CEO Matt Levatich dengan ahli lembaga Jochen Zeitz. Dia kini adalah ketua eksekutif tetap. Zeitz sebelum ini telah berkhidmat sebagai CEO bagi jenama sukan Puma. Sebaik sahaja Zeitz menjadi CEO beliau menghentikan strategy “Open Road” Levatich. Rancangan ini bertujuan untuk memperluas produk Harley dan mengembangkan kepemilikannya.

Related Post

Jochen Zeitz | Sumber gambar: Barron’s

Zeitz telah merancang pelan baru iaitu “Rewire” dan telah menerangkannya kepada penganalisis Wall Street.

“Kami memanggilnya Rewire dan ini adalah buku panduan kami untuk beberapa bulan depan, yang mengarah ke rancangan strategi lima tahun baru yang akan kami kongsi ketika melihat masa depan.”

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah