Categories: Berita

Video: Triumph Rocket 3 R dan GT menunjuk kemampuan mereka

VIDEO BARU MENUNJUKKAN KEMAMPUAN TRIUMPH ROCKET 3 R DAN GT. KEDUA-DUA JENTERA MUSCLE CRUISER INI MEMPUNYAI ENJIN TIGA SILINDER BESAR.

Triumph Rocket 3R and GT

Selepas Triumph melepaskan maklumat mengenai Rocket 3 TFC edisi terhad mereka beberapa bulan lepas, kini tibanya masa untuk pengilang British untuk menunjuk kami varian standard dan touring Rocket 3.

Muscle cruiser baru dari Triumph mempunyai enjin tiga silinder besar dengan 2500 cc. Ini adalah enjin pengeluaran terbesar yang sedang dibangunkan oleh mana-mana pengilang. Dengan 167 hp dan dengan tork 221 Nm, varian Rocket 3 R dan GT baru akan menjadi salah satu motosikal yang paling menarik pada 2020.

Related Post

Dengan komponen-komponen premium seperti suspensi boleh laras Showa dan brek kaliper Brembo Stylema. Rocket 3 baru juga dilengkapi dengan elektronik maju dan gadjet terkini dari Triumph seperti papan pemuka TFT generasi kedua.

Varian Rocket 3 R dan GT baru dijangka sampai pengedar awal 2020 tetapi untuk melihat apa yang kedua-dua motosikal ini mampu buat, Triumph menghasilkan video yang hebat untuk kami.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan