TIM GASJER TELAH MEMBERI PRESTASI MENAKJUBKAN DI CZECH REPUBLIC DAN MELUASKAN PENDAHULUNYA SELEPAS KEMENANGAN PODIUM.

Tim Gasjer dari Team HRC telah meluaskan pendahulunya bagi World Motocross Championship 2019 ke 177 mata selepas mendapat kedudukan kedua secara keseluruhan di MXGP Czech Republic. Gasjer mengambil jentera Hondanya, CRF450RW lepas bendera pelepas untuk mendapat kemenangan podium. Rakan sepasukan Brian Bogers mendapat tempat kesembilan pada race one dan habis diluar 10 teratas pada race two.

TIM GASJER (TEAM HRC)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Litar hari amat sukar. Ia sangat mencabar dan saya tidak mempunyai keselesaan pada litar tetapi saya amat gembira dengan keputusan. Saya mengambil dua permulaan yang baik dan menunggang dengan bijak. Saya tidak mahu menolak terlalu banyak kerana ia amat senang untuk membuat kesilapan. Secara keseluruhan ia adalah satu hujung minggu yang baik dan saya amat gembira saya dapat memberi segalanya kepada semua peminat Slovenia. Mereka telah menyokong saya pada litar ini dan saya boleh mendengar sorakan mereka sepanjang perlumbaan ini. Kebanyakan mereka telah datang dari jauh untuk menyokong saya dan saya amat syukur kepada mereka semua. Ia adalah satu perasaan hebat untuk berada diluar sana,” kata Gasjer seperti dipetik dari Honda Racing Corporation.

Related Post

BRIAN BOGERS (TEAM HRC)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Saya amat gembira dengan keputusan hari ini. Pada moto pertama , saya mempunyai permulaan yang baik dan berada ditempat kelima dan rasa amat baik disana. Saya menunjuk kelajuan yang baik pada permulaan pelumbaan ini tetapi mendapat arm pump dan terpaksa perlahan. Namun, saya masih habis ditempat kesembilan dan itu baik. Malangnya, permulaan yang sama tidak berlaku bagi perlumbaan kedua dan saya terpaksa bermula dari posisi ke-20. Saya berjuang kembali ke 12 dan saya gembira dengan cara saya menunggang. Ia jauh lebih baik dari Indonesia dan penting untuk bangkit semula. Saya pasti menanti hujung minggu depan di landasan pasir yang saya nikmati,” kata Bogers.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan