Categories: Berita

EMOS pengedar eksklusif Kawasaki di Malaysia

PELANTIKAN EMOS MELIPUTI BEBERAPA BARISAN PRODUK DAN MAKLUMAT PERKHIDMATAN PELANGGAN.

EMOS dilantik sebagai pengedar eksklusif Kawasaki di Malaysia

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Edaran Modenas Sdn Bhd (EMOS), anak syarikat dan pengedar Motosikal dan Enjin Nasional Sdn Bhd (MODENAS) telah dilantik sebagai pengedar rasmi jenama Kawasaki di Malaysia.

MODENAS dalam satu kenyataan mengatakan bahawa perjanjian itu merangkumi pengedaran semua rangkaian produk Kawasaki termasuk kenderaan, alat ganti, aksesori, dan maklumat perkhidmatan pelanggan yang melibatkan perkhidmatan teknikal termasuk aktiviti ‘recall’ jika diperlukan.

“EMOS akan menjalani peralihan selama enam bulan yang juga dibantu oleh KMSB Motors Sdn Bhd.

Related Post

“Selama tempoh ini, pemilik motosikal Kawasaki masih dapat kembali ke mana-mana peniaga atau pembekal Kawasaki untuk pembelian serta pertanyaan mengenai alat ganti dan perkhidmatan teknikal.

“Segala perubahan atau perkembangan akan diumumkan dari semasa ke semasa.”

Baru seminggu sejak berita Kawasaki Malaysia Motors (KMM) melepaskan pengedaran motosikal Kawasaki di Malaysia menggegarkan industri motosikal.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah