PENGILANG BRITISH AKAN MEMBUAT PERUBAHAN BESAR KEPADA BARISAN MOTOSIKALNYA. TRIUMPH TIGER 900 BARU DITANGKAP SEDANG DIUJI SEBELUM IA DIDEDAHKAN PADA NOVEMBER.

Triumph Tiger 900 | Sumber gambar: Triump Motorcycle

Walaupun Triumph berada dibawah pengawasan kami oleh kerana model-model baru yang mereka akan lancar seperti Rocket 3 dan Daytona Moto2 Limited Edition, hakikatnya, bagi Hinckley mereka percaya mereka perlu untuk memperbaharui model-model lain. Satu contoh model tersebut adalah Tiger.

Tiger 800 merupakan salah satu motosikal terkenal dalam barisan motosikal Triumph. Namun selepas beberapa tahun, Tiger akan mendapat enjin baru serta beberapa ciri khas.

Realitinya ialah dari 2020, Tiger tidak akan mempunyai 800 pada namanya tetapi dengan 900. Triumph Tiger 900 baru ditangkap sedang diuji di Sepanyol beberapa hari yang lalu dan ini menunjukkan ia bukan sekadar pertukaran nama.

Sesaran enjin ditingkatkan ke 900 cc dan ia berdasarkan enjin tiga silinder sama yang didapati pada Street Triple. Dalaman enjin telah diubahsuai untuk anjakan yang lebih besar. Dengan komponen-komponen spesifik bagi Tiger 900, kuasa enjin mungkin sedikit lebih dari 100 hp.

Related Post

Dengan pakej elektronik baru, Triumph 900 tiba dengan reka bentuk baru. Rekaan yang lebih agresif dan sportier dan boleh didapati dalam beberapa tahap kelengkapan. Beberapa untuk jalan raya dan yang lain untuk off-road.

CHASIS JUGA TELAH DIUBAHSUAI. UNTUK CONTOH, RANGKA YANG MERUPAKAN STRUKTUR TIUB KELULI MENDAPAT SUB FRAME BELAKANG BARU. PADA MODEL SEBELUM INI, SUB-FRAME DIKIMPAL PADA RANGKA UTAMA. INI MEMBENARKAN PENGGANTIAN SUB-FRAME DENGAN MUDAH JIKA BERLAKU SEBARANG KEMALANGAN.

Bagi mereka yang ingin menunggang Tiger 900 secara off-road, Triumph telah bekerjasama dengan Showa untuk membangun suspensi baru. Varian Tiger 900 off-road, yang dilihat dalam gambar intip ini mempunyai suspensi jenis long-stroke.

Dengan roda spoke dan tayar knobbed, Tiger 900 baru merupakan satu motosikal hebat untuk ditunggang atas tanah!

Triumph Tiger 900 akan didedahkan pada EICMA Milan Motorcycle Show pada November.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah