Categories: Berita

Zero Motorcycles acah gambar baru motosikal FXE

ADAKAH INI JENTERA ZERO MOTORCYCLES PALING BERPATUTAN?

Zero Motorcycles acah motosikal baru FXE yang akan lancar Julai 13 nanti.

Jika anda terlepas, Zero Motorcycles baru mengumumkan model motosikal elektrik terkininya, FXE, dan telah kongsi gambar teaser motosikal baru dalam talian.

Syarikat itu muat naik gambar pada media sosial dengan kapsyen “FXE coming 7/13/2021; #ZeroFXE.” Buat setakat ini, kami mempunyai nama dan tarikh bagi jentera ini. Gambar menunjukkan bayang motosikal dan bahagian atas.

Zero FXE kelihatan seperti motosikal baru, atau mungkin versi baru motosikal yang telah melalui perubahan besar. Elemen reka bentuk berbeza dari barisan FX semasa. Ia juga tidak termasuk dalam kategori FXE di laman web.

Related Post

Menurut penampilannya, terdapat cermin dan isyarat belok belakang, tanpa pengesahan sebarang isyarat belok depan. Ini menyingkirkan kemungkinan ia menjadi motosikal off-road memandangkan motosikal itu juga mempunyai tayar street dan peralatan street yang sah. Terdapat juga panel aksesori di bawah tempat duduk penunggang. Ia mungkin port pengecas.

Menurut Elektrek, ini mungkin model Zero yang paling berpatutan dan paling serba boleh sebagai motosikal berasaskan FX. Pelancaran model Zero FXE baru pada 13 Julai akan datang seminggu selepas pelancaran motosikal elektrik Harley-Davidson yang baru.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah