Categories: Sukan Motor

YART Yamaha meninggal perlumbaan 24 Hours Le Mans kerana masalah enjin

YART YAMAHA TERPAKSA BERSARA DARI PERLUMBAAN 24 HOURS LE MANS OLEH SEBAB KEGAGALAN ENJIN WALAUPUN MEMPUNYAI HARAPAN TINGGI UNTUK MENANG

Pasukan YART Yamaha EWC datang ke pengakhiran pramatang yang mengecewakan dalam edisi ke-42 dari 24 Hours Le Mans. Pasukan itu terpaksa berhenti 10 jam sebelum akhir perlumbaan. Ini disebabkan kerosakan enjin YZF-R1 mereka. Pasukan SRC Kawasaki mendapat tempat pertama untuk menjadi juara edisi 2019.

Trio itu – Marvin Frizt, Niccolo Canepa dan Broc Parkes telah menanti hari ini dan agak optimisik. Malangnya, harapan mereka turun dengan enjin, menyebabkan motosikal mereka untuk berhenti. Pasukan tersebut tidak mempunyai pilihan selain meninggalkan perlumbaan.

Sumber gambar: Yamaha Racing

Related Post

MARVIN FRITZ (YART YAMAHA)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Ini bukan perlumbaan kami. Selepas berlumba selama 10 jam, pada pukul 1 pagi, kami terpaksa bersara dari posisi ketiga oleh sebab masalah teknikal. Kami semua telah berusaha dengan gigih bagi perlumbaan ini dan kami memang mempunyai kelajuan untuk mendapat kemenangan podium, jadi keadaan ini amat malang. Pada permulaan kami bergelut untuk cengkaman tetapi kemudian, dengan keadaan yang lebih sejuk, kami mendapat perasaan yang baik dan kami berjaya mengejar mereka yang mendahului perlumbaan. Walau bagaimanapun, ia tidak menjadi, tetapi terima kasih kepada YART Yamaha dan Bridgestone untuk semua kerja keras mereka. Sekarang kita perlu memberi tumpuan terhadap perlumbaan seterusnya di Slovakia Ring, yang hanya dalam dua minggu. Kami mempunyai kenangan hebat dalam perlumbaan itu, setelah memenanginya tahun lepas,” kata Fritz seperti yang dipetik dari Yamaha Racing.

BROC PARKES (YART YAMAHA)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Saya mempunyai kelajuan sangat baik dalam semua sesi saya dan saya berasa sangat yakin, tetapi perlumbaan kami tamt selepas hanya 10 jam. Kini kami perlu meletakkan kekecewaan Le Mans di belakang kami dan memberi tumpuan terhadap perlumbaan seterusnya di Slovakia Ring, kerana ia adalah litar yang baik untuk kami dan satu di mana kami memenangi tahun lepas.”

NICCOLÒ CANEPA (YART YAMAHA)- SEPERTI YANG BERLAKU

“Malangnya, perlumbaan Le Mans kami berakhir selepas 10 jam. Strateginya adalah untuk mengawal perlumbaan ini pada peringat awal dan berusaha keras pada waktu malam. Dalam beberapa jam terakhir kami adalah pasukan yang terpantas pada litar dan ingin berjuang untuk menang, tetapi kami terpaksa bersara dari perlumbaan ini sebelum mencapai titik pertengahan. Sekarang kita akan terus berusaha untuk perlumbaan seterusnya.”

SETERUSNYA UNTUK YART YAMAHA

Destinasi seterus pasukan ini adalah Slovakia Ring. Acara ini akan berlangsung pada 11 Mei dan mereka bermatlamat untuk mempertahankan kemenangan mereka.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan