Categories: Berita

TVS memperoleh Norton Motorcycles untuk GBP16 Juta!

IA RASMI, TVS MEMPEROLEH NORTON MOTORCYCLES! IA BUKAN KHABAR ANGIN SETELAH JENAMA BESAR INDIA MEMBERI SATU KENYATAAN RASMI MENGENAI PEMEROLEHAN INI.

Dipelopori oleh James Lansdowne Norton di Birmingham, pada 1898 Norton Motorcycles merupakan salah satu pengeluar motosikal British paling terkenal. Sejak abad ke-20 Norton Motorcycles dikenali untuk model klasik dan barisan motosikal elektrik mewah mereka. Dari klasik retro Commando ke super-bike V4 1200cc 200bhp.

PEMEROLEHAN

Syarikat TVS Motor India secara khas mengumumkan kejayaan memperoleh motosikal paling ikonik British, “Norton”. Dalam satu urus janji all-cash untuk sejumlah GBP 16 juta dengan memperoleh aset-aset tertentu Norton Motorcycles (U.K.) Limited (dalam pentadbiran) melalui salah satu anak syarikat luar negara TVS Motor. Pemerolehan ini dilakukan di bawah bimbingan penasihat kewangan, Rothschild and Co, dan nasihat undang-undang untuk transaksi diberikan oleh Khaitan & Co, dan Slaugther and May.

Ini adalah salah satu pemerolehan pengeluar motosikal paling menarik pada masa ini. Firma India mempunyai kolaborasi dengan BMW. Motosikal yang akan keluar melalui kolaborasi ini adalah TVS Apache RR310 dan BMW G310R. Kini dengan TVS memperoleh Norton kami boleh jangka untuk lihat beberapa motosikal menarik dari kedua-dua pihak pada masa depan. Tambahan pula, kami juga percaya ini akan mencerminkan peningkatan unggul TVS Motor Company dan India dalam pasaran dua roda antarabangsa.

Related Post

MENGULAS TENTANG PEMEROLEHAN INI, EN. SUDARSHAN VENU, JOINT MANAGING DIRECTOR, TVS MOTOR COMPANY BERKATA;

“Ini adalah saat penting bagi kami di TVS Motor Company. Norton adalah jenama ikonik British yang disanjung di seluruh dunia dan memberi kami satu peluang besar untuk meningkat secara antarabangsa. Transaksi ini sejurus dengan usaha kami untuk memenuhi aspirasi pemilik motosikal. Kami akan menghulurkan sokongan sepenuhnya kepada Norton untuk mendapatkan kembali kegemilangannya dalam pasaran motosikal antarabangsa.”

En.Sudarshan Venu juga menambah, “Norton masih akan mengekal identiti tersendirinya dengan rancangan perniagaan spesifik. TVS Motor akan bekerja secara erat dengan pelanggan dan pekerja untuk membina kejayaan dan keunggulan jenama Norton Motorcycles dan kami berharap untuk berkembang bersama di peringkat antarabangsa dalam tahun-tahun akan datang.”

TVS Motor Company teruja dengan produk sedia ada dan yang akan datang di Norton Motorcycles termasuk Commando, Dominator dan V4 RR. Mereka yakin dengan sinergi yang kuat antara kedua-dua jenama, mereka percaya Norton Motorcycles dapat memanfaatkan jangkauan global TVS Motor Company. Juga, keupayaan rantaian bekalan untuk berkembang ke pasaran baru.

Sumber: TVS Motor

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah