Categories: Berita

Yamaha GT150 Fazer 2023 dilancarkan secara rasmi di China

YAMAHA GT150 FAZER 2023 ADALAH MOTOSIKAL MAMPU MILIK TERBARU JENAMA YANG MUDAH DIKENDALI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Yamaha GT150 Fazer kini boleh didapati di pasaran China dengan harga jualan asas CNY13,390 (RM8,398).

Menampilkan reka bentuk retro, GT150 Fazer tidak didatangkan dengan spesifikasi moden seperti model Yamaha lain termasuk MT-15 dan XSR155. Namun, model ini memenuhi permintaan ramai yang inginkan motosikal yang mudah dikendali dan mampu milik.

Hasilnya, motosikal ini mempunyai enjin 149cc SOHC penyejuk udara. Ia mampu menghasilkan 12hp pada 7,500rpm dan 12.4Nm pada 6,000rpm.

Related Post

Kuasa enjin dihantar ke tayar belakang melalui transmisi manual 5-kelajuan.

Ciri-ciri lain yang ditawarkan termasuk rim 18 inci dengan tayar depan 90/90 dan belakang 100/80, fork jenis teleskopik dan penyerap hentak belakang berkembar serta tangki 12L. Komponen brek hadir melalui satu cakera brek hadapan dan belakang.

Walaupun retro, GT150 Fazer ini masih menampilkan panel meter LCD moden dan soket 12v.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah