Categories: Berita

Aprilia RS440 baharu dilihat menjalani ujian di India

APRILIA RS440 BARU AKAN BERSAING DENGAN KTM RC 390 DAN KAWASAKI NINJA 400.

Aprilia RS660

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Aprilia bakal meningkatkan pasaran motosikal sub-500cc di India dengan memperkenalkan RS440 baharu.

Motosikal segmen ‘entry-level’ telah dilihat menjalani ujian di India, baru-baru ini.

Laman web syarikat mendedahkan bahawa RS440 akan bersiap sedia untuk dilancarkan pada tahun depan. RS440 akan bersaing dengan KTM RC 390 dan Kawasaki Ninja 400.

Related Post

Pada mulanya, maklumat tentang kapasiti enjin motosikal agak terhad. Bagaimanapun, laporan India mendakwa motosikal ini akan menampilkan enjin kembar selari 440cc. Syarikat itu berkemungkinan telah membangunkan enjin daripada platform 660cc sedia ada.

Sumber: Autocar India

Selain itu, gambar ‘spy shot’ juga menunjukkan kehadiran ekzos ‘underbelly’. Selain itu, rupa keseluruhan Aprilia RS440 juga serupa dengan RS660 termasuk bahagian ‘swingarm’.

Namun, untuk memastikan RS440 ini berada dalam skop mampu milik, model itu didatangkan dengan brek cakera tunggal berbanding kembar pada RS660. Bagaimanapun, model 440cc ini masih didatangkan dengan ciri premium termasuk fork USD.

Pengilang berkemungkinan menghasilkan RS440 di kilang Piaggio yang terletak di Baramati, Pune.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah