Categories: Berita

Max Biaggi akan cuba dapat rekod kelajuan baru dengan motosikal elektrik

BEKAS PELUMBA MOTOGP DAN SUPERBIKE MAX BIAGGI AKAN CUBA MENETAP REKOD KELAJUAN BARU DENGAN MOTOSIKAL ELEKTRIK DARI VOXAN.

Mencapai rekod kelajuan adalah sesuatu yang sangat menarik bagi pelumba yang ingin menjadi terkenal dan suka adrenalin. Max Biaggi adalah salah satu pelumba tersebut. Walaupun dia sudah bersara dari aksi perlumbaan Biaggi tidak lupa cara untuk menunggang dengan pantas. Itulah sebab dia menerima cabaran untuk menetapkan rekod kelajuan baru dengan motosikal elektrik.

Max Biaggi dan Voxan telah bekerjasama dan akan ke Uyuni Salt Flats untuk percubaan rekod kelajuan ini. Dengan enam gelaran dunia pada namanya, Biaggi sudah tahu apa yang perlu dilakukan untuk menetap rekod. Pada tahun 1994 penunggang Itali menetapkan rekod baru dengan motosikal elektrik Fazi Egraf. Di litar Nardó yang terkenal, beliau menunggang motosikal pada 135.071 km/j. Sekarang, dia berharap dapat naik sehingga 330 km/h!

Related Post

Untuk mencapai kelajuan tersebut, Voxan sedang membangun sebuah motosikal elektrik baru. Max Biaggi terlibat secara langsung dalam pembangunan tersebut dengan pereka Sacha Lakic. Voxan sedang mengguna pengimbasan 3D to mempelajari bentuk aerodinamik baru yang sesuai dengan dimensi badan Biaggi.

Rekod kelajuan dunia semasa untuk motosikal elektrik telah ditetapkan oleh Jim Hoogerhyde. Dia mengguna Lightning SB220 dengan kelajuan 327,608 km/j pada tahun 2013. Max Biaggi dan Voxan akan cuba mengalahkan rekod ini pada bulan Ogos 2020 di Bolivia.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan