ADAKAH ANDA MEMINATI MOTOSIKAL ELEKTRIK DAN ARTIFICIAL INTELLIGENCE? DAMON MOTORCYCLES MEMPUNYAI SESUATU UNTUK ANDA!

Damon Motorcycles akan melancarkan konsep Halo bike mereka pada TechCrunch Sessions 2019 di San Jose, California. Peminat motosikal yang mempunyai minat dalam motosikal elektrik adalah audiens sasaran. Jika anda tergolong dalam kategori ini, anda perlu tumpukan perhatian anda pada konsep ini! Tandakan kalendar anda kerana 10 Julai adalah untuk anda.

Sumber gambar: Elektrek

Damon Motorcycles akan mempamerkan motosikal mereka dan menunjuk fungsi motosikal tersebut. Menurut Web Bike World, ia juga akan memberi orang peluang untuk demo motosikal tersebut dan mulakan satu lawatan demo sepanjang West Coast.

Related Post

Konsep motosikal ini mengembangkan lagi skop kemampuannya. Ia bukan sekadar motosikal elektrik sahaja oleh ia adalah motosikal geometri baru yang dikuasai oleh artificial intelligence. Ia mampu menyesuaikan diri dengan persekitaran dan pengendaranya. Tambahan pula, ia mempunyai hendal dan footpeg yang boleh dipindah untuk memenuhi pelbagai kedudukan menunggang. Ia juga dilengkapi dengan sistem keselamatan artificial intelligence 360 darjah yang sentiasa memantau persekitaran anda.

Motosikal Halo  oleh Damon Motorcycles pasti sesuatu yang anda tidak mahu lepasi.

Sumber gambar: Electric Motorcycle News

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan