Categories: Berita

Kerajaan India mempunyai rancangan radikal bagi motosikal elektrik

PERDANA MENTERI INDIA NARENDRA MODI INGIN SEMUA MOTOSIKAL BAWAH 150CC DIJUAL PADA 2025 UNTUK JADI ELEKTRIK SAHAJA.

Kami semua tahu kerajaan sedunia sedang mencari solusi untuk memperbaiki keadaan alam semulajadi. Kini, Perdana Menteri India Narendra Modi telah tampil dengan satu cadangan radikal. Kerajaan India telah mendedahkan pelan radikal mereka bagi motosikal elektrik. Pelan ini akan menjadi satu realiti jelang 2025. Tetapi apakah yang kerajaan India telah cadangkan?

Menurut agensi berita Reuters, Narendra Modi telah berbincang dengan pengilang motosikal tentang pelannya. Dia mahu semua motosikal bawah 150 cc jelang 2025 untuk menjadi motosikal elektrik.

Pengilang seperti TVS Motors, Honda, Yamaha, Bajaj dan lain-lain lagi yang mempunyai kilang di India tidak bersetuju dengan pelan ini. Mereka kata jika pelan ini menjadi realiti kebanyakan daripada mereka akan hilang kerja mereka. Selain daripada pengganguran, mereka juga kata jika motosikal elektrik dipaksa kepada orang yang berpendapatan rendah ia akan mengubah cara hidup mereka. Kebanyakan mereka bergantung pada motosikal kapasiti rendah untuk berulang-alik dalam kehidupan mereka.

Pengilang besar yang turut hadir dalam mesyuarat dengan Narendra Modi kata mereka perlu mengubah kilang mereka sepenuhnya untuk menyesuaikan kilang kepada motosikal elektrik. Mereka juga perlu membuat pelaburan besar untuk melakukan ini. Tambahan pula, India tidak mempunyai pengilang bateri jadi mereka perlu membeli bateri dari negara lain.

Related Post

Sudah tentu pengeluar motosikal elektrik gembira dengan cadangan ini dari kerajaan India. Mereka akan dapat menjual lebih banyak motosikal di India, salah satu pasaran terbesar di dunia untuk industri dua roda.

Narendra Modi seolah-olah memahami masalah yang dihadapi sektor motosikal dengan rancangan ini. Beliau meminta pengeluar mengemukakan cadangan mereka dan mesyuarat baru akan berlaku dalam beberapa minggu yang akan datang.

Adakah kita akan lihat India benar-benar menukar perniagaan motosikal mereka menjelang 2025? Hanya masa akan tentukan. Tetapi langkah pertama untuk menukar perkara telah diambil.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan