Categories: Berita

Ducati Malaysia menampilkan Multistrada V2 S baharu – RM105,900

DUCATI MALAYSIA LANCAR MULTISTRADA V2 S YANG DINANTI-NANTIKAN DENGAN CIRI-CIRI DAN PENINGKATAN HEBAT.

Ducati Multistrada V2 S

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Ducati Malaysia Premier 2022 menyenaraikan enam model baharu untuk pasaran tempatan. Bagaimanapun, daripada kesemua model yang dilancarkan, ketibaan Multistrada V2 S antara jentera yang dinanti-nantikan.

Multistrada V2 S ialah motosikal jenis ‘sport touring’ yang dibangunkan untuk menawarkan pengalaman menunggang premium serta keselesaan di jalan raya.

Berbanding model Multistrada 950S sebelumnya, Multistrada V2 S menampilkan tahap keselesaan dan ergonomik yang lebih baik dan lebih ringan untuk pengendalian penunggang.

Dikuasakan oleh enjin L-Twin Testastretta 937cc baharu, platform itu menawarkan 113hp pada 9,000rpm dan 96Nm pada 6,750rpm. Apa yang paling menarik ialah Multistrada V2 S ini 5 kilogram ringan berbanding dengan versi 950 sebelum.

Related Post

Multistrada V2 S didatangkan dengan pelbagai mod kuasa, ABS selekoh dan Ducati Traction Control. Ia turut dilengkapi dengan Lampu Brek Ducati serta Kawalan Pegangan Kenderaan (vehicle hold control).

Peningkatan terbesar ialah aspek elektronik dan Multistrada V2 S dilengkapi dengan Ducati Skyhook Suspension Evo, Ducati Cornering Lights, Ducati Quick Shift (lebih pantas), Cruise Control dan skrin TFT 5-inci.

Sementara itu, model ini turut didatangkan dengan fork depan 48mm (compression, rebound damping) dan monoshock boleh laras (compression, rebound damping, preload).

Menurut Ducati Malaysia, Multistrada V2 S didatangkan dengan tanda harga RM105,900.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah