Categories: Event

Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018 Kawasaki

Kempen Keselamatan Jalan Raya 2018 Kawasaki telah dilancarkan di tol plaza Sungai Besi dari pukul 9am to 6pm pada Januari 25. Motosikal jenama lain dialu-alukan untuk menghadiri kempen ini dengan berkumpul di lot parkir tol plaza Sungai Besi. Tambahan pula, motosikal jenama lain ini boleh mendapati pemeriksaan tanpa membuat sebarang bayaran.

Salah satu daripada program khidmat sosial Kawasaki Motors Malaysia (KMSB), matlamat utama kempen ini adalah untuk meningkatkan lagi kesedaran para penunggang terhadap keselamatan di jalan raya. Menteri pengangkutan, Dato’ Sri Liow Tiong Lai yang turut menghadiri untuk mengesahkan kempen ini berkata, “Sebanyak 6,000 kemalangan maut dicatat dalam tahun 2017”.

Related Post

Dia juga menambah bahawa “62.7% melibatkan penunggang motosikal”. Pemeriksaan motosikal akan dijalankan oleh juruteknik dari pusat servis Kawasaki (KESC).

Dengan sokongan dari JPJ, PLUS, PDRM, JKJR, Tokio Marine Insurans (Malaysia) Bhd, AEON Credit Service, KHI Helmet dan Bridgestone, penunggang motosikal yang menghadiri acara bukan sahaja diberi pemeriksaan yang percuma, malah, pelanggan terawal diberi peluang untuk trade-in helmet lama mereka untuk helmet yang baru serta jaket high-visibility.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah