Categories: BeritaSukan Motor

SRC Kawasaki memenangi 24 Hours Le Mans selepas pertarungan hebat dengan Honda

PASUKAN PERANCIS SRC KAWASAKI MEMENANGI 24 HOURS LE MANS BUAT KALI KE-11 DAN MELOMPAT KE PUNCAK KEDUDUKAN FIM EWC.

SRC Kawasaki Team | Sumber gambar: Motorcycle News

Pusingan kedua untuk FIM Endurance World Championship 2019 (FIM EWC) telah berlangsung hujung minggu lepas di litar terkenal Le Mans Bugatti di Perancis, di mana perlumbaan ikonik 24 jam Le Mans diadakan bagi kali ke-42. Pasukan SRC Kawasaki France telah memenangi acara tersebut dan dengan keputusan ini, telah naik ke puncak kedudukan FIM EWC.

Dengan Kawasaki Ninja ZX-10R, pasukan SRC Kawasaki, yang terdiri daripada David Checa, Erwan Nigon dan Jeremy Guarnoni, menyeberangi garisan penamat dengan kelebihan satu minit atas pasukan Honda Endurance Racing yang mendapat tempat kedua.

Pasukan Honda Endurance Racing dengan pelumba seperti Randy de Puniet, Sebastien Gimbert, dan Yonny Hernandez, seolah-olah mempunyai kelebihan berbanding dengan pesaing mereka apabila mereka membuat beberapa pengiraan yang hebat menggunakan mileage yang lebih baik daripada Fireblade yang telah mengatasi Kawasaki Ninja ZX-10R.

Dengan lebih kurang pit stop untuk mengisi minyak, Honda mengambil tempat pertama perlumbaan 24 Hours Le Mans dengan hanya 1j17m hingga bendera berkotak, namun SRC Kawasaki dengan Jeremy Guarnoni yang sedang menunggang Ninja mempunyai kelajuan yang lebih baik dan berjaya mengurangkan kerugian antara merek dengan pasukan Honda Endurance Racing apabila Pace car memasuki litar oleh kerana tumpahan minyak.

Related Post

SRC Kawasaki | Sumber gambar:

Sebaik sahaja Pace car memasuki lorong pit, Guarnoni memotong Yonng Hernandez dan dari situ SRC Kawasaki melayar ke garisan penamat yang memberi kemenangan ke-11 mereka di perlumbaan 24 Hours Le Mans.

Posisi podium terakhir dicapai oleh pasukan Suzuki Endurance Racing Team (SERT) dengan penunggang mereka, Vincent Philippe, Etienne Masson, dan Gregg Black. Untuk kelas Superstock, kemenangan itu dicapai oleh pasukan Motors Events Suzuki.

Perlumbaan seterus FIM Endurance World Championship akan berlangsung pada 11 Mei di Slovakia Ring dengan perlumbaan 8 jam.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan