SYARIKAT PETROL TEMPATAN BARU, FIVE PETROLEUM MALAYSIA SDN BHD, SECARA KHAS MENGUMUMKAN PELANCARANNYA.

Stesen pertama syarikat petroleum baru ini akan buka pada Mac 2020, di Kalumpang, Selangor. FIVE telah memperoleh kontrak bekalan dari PETRONAS untuk menjadi pembekal bahan api kerana mereka ingin memenuhi piawaian kualiti tinggi. Tambahan pula, Branded Ultimaxx, FIVE merancang untuk memenuhi janji mereka dengan membekal bahan api berkualiti tinggi dengan lebih mudah.

Dato’ Haji Juhari Bin Abdul Ghani, Pengerusi FIVE kata, “FIVE adalah syarikat tenaga bersatu yang bertujuan untuk memenuhi permintaan bahan api yang semakin meningkat di Malaysia melalui cara yang lebih menjimatkan, mesra alam dan bertanggungjawab. Kami juga ingin membantu Malaysia mencapai kejayaan seterusnya dalam pembangunan.”

FIVE PETROLEUM

Syarikat ini akan diurus oleh pasukan sama yang mempelopori Seng Group. Seng Group adalah pemimpin dalam perniagaan runcit petrol untuk hampir lima dekad. Seng Group membekal dan mengurus perkhidmatan pengedaran ke pengendali stesen petrol termasuk pembinaan stesen-stesen baru.

Related Post

FIVE memperoleh lesen dari Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Dan Hal Ehwal Pengguna pada 15 Janurari 2020. FIVE mengumumkan bahawa selaras dengan warisan Malaysia FIVE, mereka bercita-cita untuk memberi rakyat Malaysia pengalaman mengisi minyak yang senang dengan mengintergrasikan teknologi gen baru dan inovasi.

Stesen petrol FIVE akan mempunyai aplikasi telefon yang membolehkan bayaran tanpa tunai. Selain itu, syarikat ini turut merancang untuk menginterasikan program perkongsian, ganjaran dan kesetiaan (loyalty) pada aplikasinya.

Tambahan pula, FIVE bertujuan untuk menjadi jenama petrol di Malaysia untuk menawar stesen persediaan kecil dan mudah untuk usahawan baru di mana stesen boleh dibuka di kawasan lebih jauh. Ini akan membekal bahan api yang sangat diperlukan ke lokasi yang mudah didatangi.

Ini mendorong ke arah digitization selaras dengan pelan Bajet Negara 2020. FIVE akan menjadi syarikat tenaga digital pilihan di kalangan rakyat Malaysia dan berharap dapat memajukan negara dengan memenuhi rancangan perniagaannya.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan