Categories: Berita

RASMI: MotoGP larang peranti ‘front ride-height’ mulai 2023

KEPUTUSAN SURUHANJAYA GRAND PRIX DIBUAT HANYA DUA MINGGU SELEPAS DUCATI MEMPERKENALKAN PERANTI SEDEMIKIAN DALAM PERTANDINGAN, DENGAN GRAND PRIX QATAR MEMULAKAN MUSIM 2022.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

MotoGP secara rasmi mengumumkan larangan penggunaan ‘peranti ketinggian tunggangan hadapan’ (front ride-height device) mulai 2023.

Bagaimanapun, penggunaan sistem ‘holeshot’ yang berfungsi menurunkan bahagian hadapan dan belakang semasa perlumbaan terus dibenarkan.

‘Front ride-height device’ ialah sistem yang berfungsi dengan menurunkan bahagian hadapan jentera MotoGP supaya ia boleh keluar dari selekoh lebih pantas.

Pada masa ini, hanya Ducati yang menggunakan ‘front ride-height device’ pada jentera GP22 manakala pasukan lain telah pun menyuarakan ketidaksetujuan mereka terhadap teknologi tersebut.

Related Post

Semasa mesyuarat Suruhanjaya pada 4 Mac di Losail, Qatar, delegasi diminta mempertimbangkan dua cadangan yang dikemukakan mengenai isu ‘front ride-height device’.

“Kedua-dua cadangan itu adalah untuk mengelakkan peningkatan prestasi jentera sedia ada selain kos pembangunan yang tinggi. Selepas pertimbangan, kedua-dua cadangan itu diluluskan.”

“Sebarang penggunaan alatan yang mengubah ketinggian bahagian depan jentera semasa dalam pergerakan adalah dilarang sama sekali. Namun, peralatan beroperasi dalam keadaan pegun – pada permulaan perlumbaan – dibenarkan,” kata kenyataan Suruhanjaya Grand Prix.

Baru-baru ini, juara dunia MotoGP enam kali Marc Marquez turut menyatakan ‘front ride-height device’ sebagai alat yang melampau serta berbahaya.

Pengendali Yamaha, Lin Jarvis turut menyatakan keengganan pasukan untuk menerima pakai sistem itu yang disifatkan boleh membahayakan nyawa penunggang yang kini berdepan dengan pelbagai risiko.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah