Categories: Berita

ATC: Hakim Danish menguasai Mandalika sekali lagi

HAKIM DANISH TERUS BERJAYA DALAM PIALA BAKAT ASIA GRAND PRIX INDONESIA UNTUK MERAIH KEMENANGAN KEDUANYA.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Bakat muda Malaysia, Hakim Danish Ramli sekali lagi mengejutkan penonton selepas memenangi Perlumbaan 2 Piala Bakat Asia di Grand Prix (GP) Indonesia di Litar Antarabangsa Mandalika semalam.

Ini merupakan kemenangan kedua berturut-turut buat pelumba kelahiran Terengganu itu di Mandalika apabila mempamerkan momentum hebat di litar. Dia terus memecut untuk mendahului perlumbaan dari awal.

Walaupun ketinggalan sedikit di pertengahan perlumbaan, Hakim bijak mengawal tekanan sebelum berjaya memotong dua pelumba Jepun di hadapannya sekali gus menamatkan perlumbaan dengan catatan 28 minit 06.916 saat.

Related Post

Pelumba Jepun, Gun Mie, yang memberi tekanan kepada Hakim semasa perlumbaan, menjadi naib juara apabila rakan senegaranya Shinya Ezawa menamatkan saingan di tempat ketiga teratas.

Dengan dua kemenangan berturut-turut, Danish kini mendahului carta teratas keseluruhan selepas mengumpul 72 mata dan meninggalkan Ezawa di tempat kedua dengan satu mata. Seorang lagi pelumba Jepun, Amon Odaki kini berada di tempat ketiga keseluruhan dengan 54 mata.

Sementara itu, seorang lagi pelumba negara, Farish Hafiy Farid Sezli menduduki tempat ke-13 dan Emil Izdhar Ezuan di tempat ke-15, manakala Farres Putra Fadhill gagal menamatkan saingan.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah