Categories: Berita

Miguel Oliveira raih kemenangan di GP Indonesia

HUJAN LEBAT DI LITAR MANDALIKA TIDAK MENJADI PENGHALANG KEPADA MIGUEL OLIVEIRA KTM UNTUK MENDOMINASI PERLUMBAAN KEDUA MUSIM INI.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Pelumba KTM Red Bull, Miguel Oliveira meraih kemenangan podium pertamanya musim ini selepas memenangi Grand Prix Indonesia di Litar Mandalika.

Walaupun perlumbaan ditangguhkan sehingga 4.15 petang berikutan hujan lebat, perlumbaan bermula dengan baik untuk semua pelumba. Namun, pengalaman di litar basah ternyata memberi kelebihan besar buat Oliveira dan pelumba Ducati Jack Miller.

Selepas ketinggalan di belakang Miller untuk beberapa pusingan, Oliviera kelihatan mempunyai lonjakan keyakinan dan cengkaman yang lebih baik untuk memintas dan terus mengekalkan pendahuluan sehingga ke garisan penamat.

Related Post

Tempat kedua diperolehi oleh juara dunia, Fabio Quartararo yang walaupun berada di tangga kelima pada satu ketika, berjaya memotong Alex Rins (Suzuki) dan Johann Zarco (Pramac).

Zarco juga kembali ke podium selepas kali terakhir di Litar Catalunya musim lalu untuk melengkapkan podium di tempat ketiga. Sementara itu, pelumba ‘rookie’ RNF Racing, Darryn Binder, boleh berbangga untuk menamatkan saingan di tempat ke-10.

“Permulaannya sempurna dan kemudian sukar. Saya mengikuti Jack untuk beberapa pusingan dan memahami saya boleh pergi lebih pantas, saya kemudian fokus untuk melakukan yang maksimum dan membina jurang. Saya menguruskan kusyen sepanjang perlumbaan tetapi ia tidak mudah. Saya berjanji kepada anak perempuan saya trofi dari Indonesia jadi ini adalah untuk dia,” kata Oliveria.

INI ADALAH KEPUTUSAN LENGKAP PERLUMBAAN:

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah