Categories: Berita

Honda Genio 110 2022 dilancar secara rasmi di Indonesia

HONDA GENIO 110 2022 BAHARU DIKUASAKAN OLEH ENJIN SILINDER TUNGGAL 110CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Astra Honda Motor (AHM) secara rasminya melancar skuter Honda Genio 2022 generasi terbaru.

Untuk tahun ini, kemas kini terbesar ialah penggunaan rim 12 inci dengan tayar ‘tubeless’ berukuran 100/90-12 depan dan 110/90-12 belakang.

Selain itu, terdapat juga slot pengecas USB yang terletak di petak sebelah kanan di hadapan yang memudahkan penunggang mengecas telefon pintar mereka semasa menunggang.

Tambahan pula, Honda turut menaik taraf reka bentuk lampu depan dan lampu isyarat agar kelihatan lebih segar berbanding model sebelum ini.

Related Post

Walaupun ditawarkan sebagai skuter kompak, reka bentuk sisi seperti bentuk agar-agar yang besar.

Seperti generasi sebelum, Genio 2022 masih dikuasakan oleh enjin satu silinder 110cc yang mampu menghasilkan 8.5hp, menjadikan skuter ini sesuai digunakan di kawasan bandar.

Motosikal itu juga dilengkapi dengan lampu LED penuh, paparan digital LCD, dan sistem brek gabungan (CBS), serta sistem berhenti melahu (idling stop system). Ia mempunyai port USB, ruang simpanan 14L.

Di pasaran Indonesia, Honda Genio 110 2022 ditawarkan pada harga IDR18,050,000 (RM5,300).

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah