Categories: Berita

Benelli sedia membangunkan enjin kembar selari 400cc

BENELLI AKAN MENGGANTIKAN PLATFORM 300CC SEDIA ADA KEPADA ENJIN KEMBAR SELARI 400CC.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Terdapat spekulasi Benelli akan membangunkan enjin kembar selari 400cc untuk menggantikan platform 300cc sedia ada. Perkara itu didedahkan menerusi dokumen paten terbaharu yang difailkan di China yang turut menampilkan jentera Benelli BJ400J.

BJ400J merupakan motosikal jenis ‘touring’ yang akan dirasmikan polis di negara ini bagi menggantikan jentera 300cc yang menampilkan reka bentuk sama dan telah digunakan sejak 2018.

Ini kerana, di China, jentera polis sentiasa mendapat versi yang dinaik taraf terlebih dahulu sebelum diperkenalkan kepada umum.

Benelli 302S dan 302R

Benelli juga dikhabarkan akan menggantikan semua platform 300cc sedia ada termasuk model 302S dan 302R dengan enjin 400cc terbaharu.

Related Post

Benelli membesarkan lubang dan lejang kepada 70mm x 52mm yang mampu menjana sekitar 45hp.

Sementara itu, peningkatan enjin dari 300cc hingga 400cc turut membolehkan komponen lain dikekalkan termasuk kerangka, suspensi, rim dan brek.

Enjin yang sama juga telah diperkenalkan oleh syarikat induk Qianjiang melalui QJMotor 400RR sebelum ini.

Langkah terbaru ini juga membuka pasaran yang lebih luas untuk Benelli yang akan menempatkan jentera 400cc terbaharu di kalangan jenama Kawasaki Z400 yang lain.

Dalam perkembangan sama, dokumen itu turut mendedahkan bahawa Benelli BJ400J menawarkan komponen premium termasuk brek Brembo, brek cakera dan fork USD.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah