Categories: Berita

BMW Motorrad Malaysia memperkenalkan motosikal elektrik baharu CE 04

BMW MOTORRAD CE 04 AKAN BERSEDIA UNTUK PELANCARAN SEKITAR BULAN MAC DENGAN HARGA SEKITAR RM60,000.

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

BMW Motorrad Malaysia baru sahaja mendedahkan skuter elektrik, BMW CE 04 di Malaysia. Walaupun begitu, pelancaran rasmi hanya pada Mac dengan harga dijangka sekitar RM60,000.

Untuk rekod, BMW CE 04 membuat penampilan sulung di Eropah pada Julai 2021 sebelum memasuki pasaran global yang lain.

BMW CE 04 menampilkan motor elektrik dengan penyejukan cecair. Ia mampu menjana 42hp pada 4,900rpm dan 62Nm. Angka kuasa menjadikan CE 04 kelihatan seperti skuter konvensional walaupun ia adalah elektrik.

Related Post

Menurut BMW Motorrad Malaysia, CE 04 ini mampu merekodkan kelajuan maksimum 120km/j dan mampu melakukan 0-50km/j dalam masa 2.6 saat.

BMW CE 04 ini mempunyai bateri lithium-ion 8.9 kWh dan menawarkan jarak tunggangan sehingga 130km. Sistem pengecasan datang melalui peranti pengecasan bersepadu yang boleh menggunakan soket domestik (rumah) atau stesen pengecasan am.

BMW CE 04 ini hanya memerlukan satu jam 40 minit jika menggunakan pengecasan pantas dan 4 jam 20 minit jika menggunakan pengecasan AC.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah