Baru-baru ini Bajaj telah mendedahkan Platina 110 CBS yang memaparkan penambahbaikan bersama gaya yang baru. Platina 110 ini mengguna enjin yang sama seperti didapati pada Discover 110 dan dilengkapi dengan sistem brek baru iaitu sistem gabungan-brek (combined-braking system) (CBS) untuk mematuhi peraturan keselamatan terkini.

Harga bagi Platina ini adalah Rs 49,300, Rs 2,000 lebih daripada varian Platina-Comfortec 100cc semasa.

Motosikal ini tidak mempunyai banyak perubahan tetapi apa yang jelas adalah enjin barunya. Enjin ini mampu menjana kuasa sebanyak 8.7PS dan 9.81Nm tork berbanding dengan versi 100cc yang hanya menjana sebanyak 7.9PS dan 8.34Nm. Enjin ini disesuaikan dengan transmisi empat kelajuan. Motosikal ini juga mendapat tangki minyak yang lebih besar (11.5 liter berbanding dengan 11 liter) untuk membantu meningkatkan jarak perjalanan.

Related Post

Jaring keselamatan sistem gabungan-brek (CBS) berfungsi seiring dengan brek drum di bahagian depan dan belakang. Suspensi atas motosikal ini dikendalikan oleh suspensi konvensional teleskopik untuk bahagian depan dan suspensi nitrox gas berkembar di bahagian belakang.

2019 Bajaj Platina 110 CBS ini akan datang dengan tawaran 5-5-5 Bajaj, termasuk lima tahun perlindungan insurans kerosakan percuma, lima perkhidmatan percuma dan jaminan lima tahun.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan