Categories: Berita

Honda ADV 350 dilancar di Thailand dengan dua varian

ADV 350 DATANG DENGAN TANDA HARGA MULA DARI THB181,900 (RM22.9K) UNTUK VERSI STANDARD MANAKALA VARIAN ROADSYNC MULA DARI THB183,900 (RM23,000).

22YM HONDA ADV350

Langgan kepada saluran Telegram kami untuk kemas kini segera!

Honda secara rasminya melancar ADV 350 bagi pasaran Eropah sekitar November tahun lalu.

Pelancaran model 350cc telah mencuri tumpuan ramai. Tambahan pula, Honda menawarkan pilihan yang lebih luas kepada pembeli yang inginkan sesuatu yang lebih berkuasa daripada ADV 150 tetapi lebih mampu milik daripada X-ADV 750.

Kini, motosikal skuter versi ADV telah dilancar di negara jiran, Thailand dengan dua varian ditawarkan, Standard dan RoadSync Type.

Menurut laporan, ADV 350 ditawarkan pada harga bermula THB181,900 (RM22.9K) untuk versi Standard manakala THB183,900 (RM23,000) untuk varian RoadSync Type.

Related Post

Dibangunkan di kilang Honda yang terletak di Itali, ADV 350 menggabungkan elemen ‘pengembaraan’ dengan ciri premium. Selain rekaan lampu depan yang diilhamkan oleh X ADV 750 2021, versi 350cc ini turut mengekalkan ciri-ciri praktikal untuk kegunaan harian seperti ruang simpanan di bawah tempat duduk yang boleh memuatkan dua topi keledar ‘full-face’.

ADV 350 juga menawarkan fungsi tanpa kunci dan cermin depan boleh laras serta paparan digital LCD yang boleh disambungkan ke telefon pintar melalui Bluetooth.

Menurut Honda, ADV 350 turut didatangkan dengan Honda Selectable Torque Control (HSTC) dan Emergency Stop Signal sebagai standard.

ADV 350 dikuasakan oleh enjin 330cc dengan eSP (Kuasa Pintar yang dipertingkatkan) yang menjana 29.2hp @7,500rpm dan 31.5Nm @5,250rpm. Antara ciri-ciri menarik lain yang ditawarkan termasuk fork depan jenis USD 37mm dengan penyerap hentak berkembar di belakang, tayar depan 120/70-R15, tayar belakang 140/70-R14 dan juga lampu LED penuh.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah