Categories: Berita

MV Agusta F4 Claudio adalah penghormatan terbaik kepada Claudio Castiglioni

Superbike ikonik Itali F4 mungkin mendekati akhir hayatnya, dengan MV Agusta sudah mula pembangunan generasi seterusnya untuk model ini yang, tetapi F4 terkini masih mempunyai nafas kehidupan dalamnya dan edisi terhad F4 Claudio adalah contoh yang sempurna tentang potensi MV Agusta.

Direka sebagai tanda penghormatan kepada Claudio Castiglioni, pemilik MV Agusta sejak permulaan tahun 90-an dan bersama Massimo Tamburni bertanggungjawab untuk penciptaan F4 yang pertama. F4 Claudio versi khas akan meningkatkan tahap generasi F4 dari segi motosikal eksotik.

Ini bukan F4 pertama untuk mendapat nama dan tandatangan Claudio Castiglioni. Pada 2008, MV Agusta mengeluarkan motosikal yang paling mahal pada masa itu untuk dijual, F4 CC. Manakala F4 Claudio ini adalah lagi liar!

Keseluruhan kerja badan diperbuat daripada carbon fiber, bahan sama yang digunakan pada roda disumberkan dari pakar carbon fiber BST. F4 Claudio baru ini dilengkapi dengan komponen terbaik yang digunakan di superbike segmen, termasuk suspensi spesifikasi lumba Öhlins dan caliper Brembo terbaru, Stylema.

Related Post

Enjin 4-sebaris mendapat rawatan dan perhatian khas dari jurutera Mv Agusta di Varese serta crankshaft yang telah diubahsuai. Penggunaan titanium con-rods, intake ports yang telah diubahsuai dan sistem ekzos projek SC memberi F4 Claudio 212 hp, manakala versi street “hanya” akan mempunyai 205 hp.

MV Agusta telah membangun pakej elektronik istimewa yang mempunyai fungsi yang sama seperti segmen superbike dan F4 Claudio ini mendapat papan pemuka gaya sukan AIM termasuk GPS tracker yang memberi pilihan kepada para penunggang untuk memilih persediaan terbaik bagi bahagian-bahagian trek yang berlainan.

MV Agusta masih belum mengumumkan harga untuk versi F4 Caludio versi yang sangat indah ini, tetapi ini sebenarnya edisi terhad dan bernombor, 200 F4 Claudio akan dibina, jadi harga bagi motosikal ini tentu agak tinggi.

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan

Share
Published by
Brendan Jeremiah