PERNAHKAH ANDA LIHAT MOTOSIKAL SEPERTI HURUF z? LIHATLAH KONSEP  MOTOSIKAL ELEKTRIK INI!

Konsep motosikal elektrik Z direka oleh Joseph Robinson dari California. Dia biasa reka konsep automotive jenama terkenal pada masa luangnya. Namun, ini adalah konsep pertama yang tidak berkaitan dengan mana-mana jenama.

MOTOSIKAL Z

Keseluruhan motosikal ini berdasarkan huruf Z, dari lampu depan hingga lampu belakang. Seperti dikatakan dalam portfolio atas talian Joseph, rancangnya untuk mengguna trenkuasa elektrik adalah untuk memberi pengalaman menunggang yang seronok dan luar biasa. Kuasa serta merta menjadikan Z sesuai untuk kegunaan bandar dan ngarai.

Tambahan pula, dengan kegunaan prinsip reka bentuk cemerlang, motosikal konsep Z mengatasi cabaran untuk muat bateri pek dalam casis. Batteri 30kwh yang boleh ditanggalkan menjadikan motosikal ini lebih praktikal.

Bentuk Z bukan reka aneh; grafik “Z” pada motosikal juga adalah skrin yang memapar status caj dan juga bertindak sebagai tachometer dan petanda isyarat.

Untuk suspensi, fork depan mempunyai strut tower dalam struktur. Hendal boleh lipat dihubungkan dengan fork depan mengemudi motosikal ini. Bagi bahagian belakang, spring dengan pad redaman menjamin keselesaan penunggang sepanjang hari.

Related Post

Motosikal ini juga memapar footpeg boleh lipat dan rotor belt-driven dengan “compression brakes”.

Walaupun motosikal elektrik ini masih dalam peringkat konsep, kami berharap konsep ini menjadi satu realiti tidak lama lagi!

Sumber: Joseph Robinson Concept Design

GALERI Z MOTORCYCLE | SUMBER GAMBAR: JOSEPH ROBINSON DESIGN

  

  

 

Brendan Jeremiah

Berlatarbelakangkan industri grafik, namun masih lagi rookie dalam dunia permotoran. Seorang peminat tegar pada apa sahaja yang melebihi 500hp, walaupun sering menderita saban hari melalui trafik yang maha perlahan di Lebuhraya Persekutuan